• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maaf Tangan Melecur, Tak Dapat Salam Masa Thaipusam

oleh
30/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan dukacita tidak dapat berjabat tangan khususnya masyarakat India ketika perayaan Thaipusam pada Rabu.

Namun, baginda bertitah tetap akan menghadiri sambutan perayaan Thaipusam untuk bersama-sama dengan rakyat negeri itu yang beragama Hindu di pekarangan kuil Sri Subramaniar, Jalan Dato Esa, Tampoi di sini esok.

Bercakap kepada pentadbir Royal Press Office (RPO) melalui laman Facebook rasmi baginda semalam, Sultan Ibrahim memaklumkan ini kerana tangan kanan baginda itu melecur ketika memasak pada Sabtu minggu lalu.

“Tangan saya mengalami kesan melecur yang agak teruk ketika memasak. Oleh itu, saya dukacita tidak akan dapat bersalaman dengan orang ramai dan mungkin agak kurang sopan jika kita menyambut salam dengan tangan kiri.

“Saya berharap orang ramai akan memahami situasi tersebut. Bagaimanapun, saya tetap akan menghadiri perayaan Thaipusam pada Rabu ini kerana tidak mahu pula mengecewakan rakyat saya sendiri,” titah baginda lagi.

Perayaan Thaipusam disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan Thai, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya, Dewi Parvati.

Ini menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia. Pada hari itu, mereka menunaikan nazar dengan junjung ‘Paal Kudam’ dianggap paling suci dan ‘Kavadi’ dihiasi cantik

Untuk rekod, pada sambutan sama tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke majlis sambutan Thaipusam sebagai mewakili ayahandanya, Sultan Ibrahim di kuil berusia 88 tahun tersebut.

Sementara pada 2016 lepas, Sultan Ibrahim sendiri berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama-sama masyarakat setempat sempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Murugan di Renggam, Kluang dekat sini.

Untuk tahun ini pula, dianggarkan lebih 10,000 penganut Hindu bakal membanjiri kuil utama di ibu negeri Johor berkenaan dan seramai 70 sukarelawan termasuk petugas perubatan ditempatkan sepanjang perayaan kali ini.

Selain Johor, cuma Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengisytiharkan cuti pada Thaipusam, malah Singapura tidak mewartakan ia sebagai kelepasan am. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sultan JohorThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd