• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Curi Kereta Guru Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Cubaan seorang lelaki mencuri sebuah kereta berjaya digagalkan apabila dia ditahan pemilik kereta itu dalam kejadian di Pekan Telupid dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Sivanathan Velautham berkata lelaki 30 tahun yang berasal dari Kampung Pulut Semporna itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya kejadian berlaku ketika seorang guru perempuan berusia 38 tahun meletakkan keretanya tanpa mematikan enjin di hadapan sebuah kedai runcit untuk membeli barang pada 9.15 malam.

Ketika berada di dalam kedai, dia mendengar bunyi enjin kenderaan mahu bergerak sebelum mendapati terdapat seorang lelaki sedang memandu keretanya.

Beliau berkata guru tersebut kemudian menahan kenderaannya lalu meminta lelaki itu menyerahkan dompetnya di dalam kereta itu.

Apabila lelaki itu membuka cermin dan memberikan dompet, guru itu bertindak menahan cemin itu daripada ditutup serta segera meminta bantuan orang ramai yang berada berdekatan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sivanathan berkata dengan bantuan orang ramai, lelaki itu ditangkap lalu diserahkan kepada pihak polis. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd