• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih RM7,000 Rampasan 11 Hari Pertama Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lebih RM7,000 nilai pelbagai jenis barangan dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Pahang hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 1,269 premis di tujuh daerah di negeri ini dalam tempoh 11 hari pertama tahun ini.

Pengarah KPDNKK Pahang Datuk Mark Ujin berkata nilai rampasan itu adalah daripada 16 kes yang berjaya dikesan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah perihal dagangan termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Bermula 1 Jan lepas kita telah melakukan operasi di enam buah daerah di negeri ini iaitu Rompin, Raub, Bera, Jerantut, Pekan dan Temerloh. Didapati masih ramai peniaga yang melakukan perlbagai kesalahan terutama di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011.

Sehubungan itu kita akan mempergiatkan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kesemua peniaga mematuhi segala akta yang telah ditetapkan untuk melindungi kepentingan pengguna,” katanya selepas mengetuai Ops Serambi Teruntum di Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya jumlah kes paling tinggi dikesan ialah di Rompin iaitu enam kes melibatkan nilai rampasan RM4,115, diikuti Raub lima kes (RM912), Bera dua kes (RM350) , Jerantut dua kes (RM200) dan satu kes di Kuantan yang membabitkan nilai rampasan RM1,500, manakala Pekan dan Temerloh tidak mencatatkan sebarang kes.

Sementara itu dalam Ops Serambi Teruntum yang dijalankan hari ini sebanyak 92 premis telah diperiksa, namun tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh peniaga dikesan. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanis Zalikha Tak Mahu Yusof ‘Kerja’, Terus Membesar

Next Post

Tesco Akan Jual Buah-Buahan Musim Panas Australia

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

Next Post

Tesco Akan Jual Buah-Buahan Musim Panas Australia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd