• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Hingga Mati, Telefon Bimbit Pula Dicuri

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIK… Remaja berusia 16 tahun ini yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Ahmad meninggal dunia selepas dilanggar lari oleh sebuah van di Johor Bahru, semalam.

Kejadian tragis kira-kira jam 2 petang itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Haryy Cylone yang kemudian dimuat naik di laman JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report.

Menurut Harry, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Cempaka, di sini, menggunakan motosikal Modenas Kris.

Namun malang tidak berbau ketika mangsa cuba bergerak dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Kebun Teh Lama, apabila muncul secara tiba-tiba sebuah van yang dipandu laju dari arah Skudai.

Pemandu van itu dikatakan memandu secara laju untuk mengejar lampu isyarat merah namun tidak sempat mempelahankan kenderaanya ketika mangsa sedang bergerak, menyebabkan mereka bertembung.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami pendarahan di kepala yang sangat teruk sebelum meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

Pemandu van berkenaan pula dikatakan cuba melarikan diri tetapi berjaya dihentikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Tambah Harry, tragedi menjadi semakin malang apabila muncul seorang lelaki yang berpura-pura mencari telefon bimbit mangsa, kononnya dengan alasan mahu menghubungi keluarganya.

Lelaki itu bertindak melarikan diri setelah menjumpai telefon bimbit mangsa, membuatkan orang awam yang berada di lokasi cuba mengejarnya namun tidak berjaya.

Dalam masa yang sama, abang mangsa, Zaiful Ahmad, 43, gagal menghubungi mangsa untuk mengesahkan bahawa gambar yang diperoleh melalui WhatsApp adalah adiknya.

Bercakap kepada The Star Online, dia menyuarakan kebimbangan setelah menerima beberapa keping gambar mengenai kejadian tragis yang menimpa adiknya itu, membuatkan telefon bimbit mangsa cuba dihubungi berkali-kali olehnya namun tetap gagal.

“Selalunya ayah yang akan hantar adik saya ke sekolah, tetapi hari ini dia bonceng sendiri motosikal kerana sudah terlambat,” kata Zaiful.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk melakukan bedah siasat.

Sementara itu, pemandu van berusia 54 tahun itu telah ditahan dan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mengakibatkan kematian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganlanggar laripelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd