• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksa Cap Kunci Rupanya Ada Asid Penyebab Kanser

oleh
27/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Selama ini mungkin ramai pernah membeli laksa Cap Kunci atau dihidangkan dengan produk itu ketika makan di medan selera tanpa mengetahui ia amat berbahaya kepada kesihatan.

Semalam EHH Food Industry Sdn. Bhd. didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana jual laksa jenama terbabit mengandungi bahan pengawet yang tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan penyakit barah.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman terhadap pengilang makanan itu diwakili penyelia operasinya, Oh Ching Hai selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 13B(1) bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983.

Syarikat berkenaan dikesan berjaya menjual tiga bungkus jenis laksa pendek di pasaran dengan jenama Cap Kunci, mengandungi bahan pengawet asid benzoik yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Mereka melakukan kesalahan berkenaan di sebuah pasar raya di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur pada 10 pagi, 22 Ogos 2017  yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Mahkamah di ibu negara itu turut memerintahkan harta syarikat tersebut yang bernilai RM10,000 disita jika denda terbabit gagal dibayar. Syarikat berkenaan, yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai serbuan kesihatan pergi ke pasar raya berkenaan dan membeli tiga bungkus laksa pendek jenama Cap Kunci dengan bayaran sebanyak RM5.40 bertujuan untuk dianalisis di makmal.

Laporan juruanalisis kemudian menunjukkan laksa itu mengandungi asid benzoik sebanyak 514mg/kg iaitu sejenis bahan pengawet yang tidak dibenarkan dalam makanan sekali gus tidak mematuhi Akta Makanan 1985.

Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan, Rosli Arsyad Mohd Jaafar memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas sebab kepentingan kesihatan orang awam.

“Asid benzoik merupakan bahan pengawet yang memang tidak dibenarkan mengikut peraturan kerana boleh menyebabkan kerengsaan, asma dan penyakit barah sekiranya dimakan dalam tempoh masa panjang,” kata beliau.

Syarikat EHH Food Industry Sdn. Bhd. itu bagaimanapun dilaporkan ada membuat permohonan untuk dikenakan hukuman denda yang rendah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akta Makanancap kuncilaksa
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Gerai Laksa Kebok Baling Dibenar Operasi Jika…

24/10/2018
0

SUNGAI PETANI - Gerai laksa kebok di Kampung Seri Landak, Kupang di Baling yang diarah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan...

Pengusaha Laksa Kebok Hairan Siasatan Lambat

17/10/2018
0

BALING - Pengusaha laksa kebok hairan dengan tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Baling (PKDB) apabila membuat pemeriksaan untuk kali keenam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd