• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Bising Sedarkan Tuannya, Rumah Banjir

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penduduk Taman Sungai Isap Damai, di sini tidak menyangka bunyi bising daripada beberapa ekor kucing peliharaannya sebelum Subuh tadi, rupanya untuk memberitahu rumahnya dilanda banjir.

Menurut Nor Azizah Wati Abdul Aziz, 47, ketika itu dia bersama dua lagi anggota keluarganya sedang tidur sebelum terdengar bunyi suara kucing dari arah dapur tanpa henti.

“Apabila saya bangun dekat 5.30 pagi, saya tengok air sudah berada paras lutut di bahagian dapur dan sebahagian 20 kucing peliharaan saya dalam keadaan tidak menentu melihat paras air yang semakin menaik.

“Ada antaranya telah hilang, mungkin melarikan diri apabila melihat air mula memasuki rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya semasa pulang untuk mencari saki baki kucingnya yang masing hilang.

Sambil menjerit nama kucingnya seperti Setokin, Sihat, Kembang, Gula, Nescafe, di sekitar rumahnya yang telah dinaiki air separas paha, Nor Azizah kelihatan sedih memikirkan tentang nasib kucing-kucing peliharaannya.

Katanya dia hanya sempat menyelamatkan 10 ekor daripada 20 ekor kucing peliharaannya iaitu seperti Jantan, Mek, Kenit, Tumpang, West serta Selamat dan membawanya ke rumah saudara untuk di tempatkan sementara di situ.

Pencariannya selama sejam akhirnya berbaloi apabila menemui Setokin dan bersama dua ekor anaknya yang baru lahir bersembunyi di rumah jirannya.

Sementara itu seorang lagi penduduk Mohd Fauzi Mohd Lazim, 49, berkata beliau tidak menyangka air banjir kali ini naik terlalu cepat.

“Semasa jam 3 dan 4 pagi tadi saya bangun, air masih belum naik, namun selepas itu sedar-sedar terdengar bunyi macam rumah dipecah masuk.

“Rupa-rupanya barang perabot dalam rumah dah tunggang-langgang terapung, ekoran banjir,” katanya.

Beliau bersama empat lagi anggota keluarganya yang kini ditempatkan sementara di pusat pemindahan Wisma Belia Indera Mahkota berharap banjir kali ini cepat surut dan tidak seburuk kejadian pada 2013. – BERNAMA

Tags: Banjirkucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jualan Q’Fish Di Terengganu Meningkat 50%

Next Post

Lima ‘Bidadari’ Cantik Buat Rusuk Lelaki Bergetar!

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

Next Post

Lima 'Bidadari' Cantik Buat Rusuk Lelaki Bergetar!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd