• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP1M Belanja RM10 Juta Untuk Bantuan Persekolahan

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) membelanjakan sebanyak RM10 juta bagi membantu murid miskin di seluruh negara menerusi bantuan kelengkapan persekolahan percuma yang diagihkan menerusi program ‘Happy 2 School’ (H2S).

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata 81,300 orang mendapat manfaat menerusi program bertujuan membantu meringankan beban keluarga murid terbabit menjelang sesi persekolahan 2018 itu.

Katanya bantuan itu diagihkan mulai Disember lepas dan dijangka selesai menjelang pertengahan Januari depan membabitkan sebanyak 78 parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami sudah bergerak ke seluruh negara dan sehingga hari ini seramai 65,000 murid tahun satu hingga tahun enam di 62 parlimen telah menerima bantuan pakaian seragam sekolah dan pelbagai kelengkapan serta peralatan lain termasuk beg serta alat tulis menerusi program H2S itu.

“KP1M prihatin dalam meringankan beban kewangan ibu bapa mengurus keperluan anak mereka membeli kelengkapan bagi memulakan sesi persekolahan 2018,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program H2S di Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

Seribu murid di kawasan parlimen itu menerima bantuan berkenaan dan turut hadir Anggota Parlimen Kepala Batas yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Abdul Azeez berkata bantuan kelengkapan persekolahan berkualiti tinggi dan tidak mudah rosak itu diagihkan kepada semua murid yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa serta fahaman politik.

“Bantuan itu juga membuktikan negara kita tidak bankrap seperti dakyah pembangkang, sebaliknya kerajaan pusat sentiasa berusaha membantu rakyat terutama dalam hal pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Reezal Merican berkata masyarakat di Parlimen Kepala Batas amat bertuah kerana sentiasa mendapat perhatian KP1M dan keprihatinan kelab berkenaan adalah sejajar komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu rakyat sepanjang masa.

“Saya berterima kasih kepada Presiden KP1M (Abdul Azeez) dan perdana menteri kita yang banyak memberi bantuan dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan kepada Parlimen Kepala Batas,” katanya. – BERNAMA

Tags: KP1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Tipu Agensi Cari Kerja Disaran Lapor Polis

16/01/2018
0

TAWAU - Rakyat Malaysia yang tertipu dengan janji palsu oleh individu atau agensi untuk pekerjaan di luar negara dengan gaji...

Banjir: KP1M Agih 20 Kontena Bantuan Di P.Pinang

12/11/2017
0

GEORGE TOWN - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini mengagihkan 20 kontena pelbagai jenis barangan keperluan kepada sekurang-kurangnya 5,000 keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd