• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilafairy Tak Kisah Sean Tak Promosi Lagu Duet

oleh
27/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Kilafairy dalam dunia nyanyian mungkin tidak asing, lebih-lebih lagi selepas berkolaborasi bersama-sama dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston.

Bagaimanapun, bagi Kila, tindakan penyanyi Jamaica-Amerika Syarikat itu sendiri yang tidak begitu mempromosikan lagu mereka bukanlah hal besar baginya.

“Saya tidak melihat perkara itu sesuatu yang perlu diperbesarkan. Saya sebaliknya lebih suka menyerahkan hal terbabit kepada pihak pengurusan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Lagu yang bertajuk Put The World In itu telahpun dilancarkan melalui medium penstriman muzik sejak 19 Januari lalu dan ia turut menampilkan DJ Aku Ash.

“Lagipun, pengurusan juga bakal mengadakan promosi di pihak sana apabila lagu ini diperkenalkan di Amerika Syarikat dalam masa tiga bulan lagi.

“Malah, saya tidak terasa hati pun. Saya percaya, pihak pengurusan mempunyai perancangan yang terbaik untuk saya,” tambahnya lagi.

Hasil karya ciptaan DJ Aku Ash kini dikenali ramai apatah lagi lagunya bukan sahaja telah menembusi platform muzik tempatan sahaja malahan turut dikenali di luar negara lagi.

Manakala, lagu nyanyian Kila itu telah dirakam sekitar enam bulan yang lalu di sini.

“Sejak seminggu dilancarkan, lagu ini berada di tangga keempat Spotify Malaysia dan tangga 30 Spotify Singapura. Malah, ia berjaya menembusi iTunes beberapa negara luar seperti Indonesia, Taiwan, Filipina dan Belgium.

“Ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Saya harap, ia juga dapat menjadi batu loncatan untuk saya terus terbang lebih tinggi selepas ini,” ujarnya lagi.

Kila yang turut merupakan anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu berasa sangat bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Sean Kingston setelah mengukir nama di dalam industri sejak usia muda lagi.

“Biarpun baru sekali kami jumpa dan bekerjasama, apa yang boleh dikatakan, dia sangat merendah diri. Ketika di studio rakaman, dia menunjukkan tenaga positif, sekali gus membuatkan kami jadi selesa.

“Memang senang bekerjasama dengannya. Dia penyanyi terkenal yang tak banyak ‘songeh’,” ujarnya.

Bukan mudah untuk bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa lebih-lebih lagi bagi Kila yang masih lagi membina nama dalam dunia nyanyian tapi penyanyi lagu Setia itu berjaya membuktikan bahawa dia sangat berbakat dalam nyanyian. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: DJ Aku Ashkilafairysean kingston
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wani Kayrie Jalin Cinta Dengan Pemain Felda United?

Next Post

Mohd. Khalid: Saksi Kekejaman Tentera Jepun

Related Posts

Kilafairy Mahu Lebar Sayap Ke Luar Negara

09/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon tempatan, Kilafairy yang berpeluang berkolaborasi bersama penyanyi terkenal antarabangsa, Sean Kingston menerusi lagu ‘Put...

Ala J.Lo Malaysia, Klip Muzik Kilafairy Dikritik Netizen

23/02/2018
0

KOLABORASI antara penyanyi Malaysia dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah kerana tidak ramai yang berjaya melakukannya. Baca: Kilafairy Tak Kisah Sean...

Next Post

Mohd. Khalid: Saksi Kekejaman Tentera Jepun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd