• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Sah Akan Jumpa PSM Minggu Depan

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi membincangkan isu pengguguran sukan itu daripada senarai sukan teras kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut Khairy, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail minggu hadapan.

“Saya akan berjumpa dengan PSM pada minggu depan. Biar kita tengok dulu apa keputusan yang boleh dicapai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran dan memperkenalkan pemain bagi Kejohanan Golf Piala EurAsia 2018 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini hari ini.

Disember lepas, PSM berkeras mahukan Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menyenaraikan sukan itu sebagai sukan teras negara dan menjadi acara dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

PSM juga tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan itu digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan.

Sebelum ini, media melaporkan Khairy mengumumkan sukan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras negara di bawah program MSN bermula dari Sukma Perak 2018.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata perlumbaan berbasikal jelajah berprestij di rantau ini, Le Tour de Langkawi 2018 akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Pada majlis pelancaran itu nanti kita boleh tengoklah semua maklumat terperinci berkaitan kejohanan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd