• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khai Bahar Malu Mic Terbalik Ketika Program MeleTOP

oleh
03/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTUN lagu Luluh, Khai Bahar telah mencuri perhatian peminat seni hiburan tanah air dalam program hiburan terbitan Astro iaitu MeleTOP, semalam.

Ia melibatkan aksi lucu penyanyi berkenaan yang dilihat memegang mikrofon secara terbalik ketika ingin memulakan nyanyian pada program secara langsung tersebut.

Susulan itu, Khai menerusi Instagram miliknya memberitahu bahawa perkara itu tidak disengajakan selain mengakui berasa malu akan insiden melucukan itu.

Jelas Khai, perkara itu berlaku disebabkan dia berasa amat teruja ketika hendak menyampaikan lagu ciptaan sendiri itu di depan peminat yang hadir.

“Assalamualaikum… Khai minta maaf sangat mic terbalik, saya terlalu teruja kerana ramai penyokong di depan.

“Saya ingin melambai-lambai sehingga tak perasan mikrofon tersebut terbalik,” Khai berkata demikian menerusi entri di Insta story miliknya.

Dalam pada itu, Khai juga sempat berterima kasih kepada pengacara terkenal, Nabil kerana menjadi ‘penyelamat’ dengan memeluknya yang ketika itu dalam keadaan malu.

“Terima kasih abang Nabil Ahmad kerana menyelamatkan saya semalam,” ujarnya.

Aksi mencuit hati yang berlaku secara spontan itu mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata terhibur dengan insiden berkenaan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh mStar Online itu telah ditonton lebih 100,000 kali melalui laman Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Khai Baharmeletop
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Peronda Dirempuh Pemandu BMW Mabuk

Next Post

Jemaah Umrah Perlu Ambil Langkah Elak Penyakit Berjangkit

Related Posts

Neelofa Sedih Tinggalkan MeleTOP

04/12/2019
0

NEELOFA atau Lofa tidak dapat menahan perasaan hiba dan sedih sewaktu mengumumkan akan mengundurkan diri daripada mengacarakan program MeleTOP yang...

Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli AME 2019

22/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi kategori lelaki pada Anugerah MeleTOP ERA 2019...

Next Post

Jemaah Umrah Perlu Ambil Langkah Elak Penyakit Berjangkit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd