• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Indira Ghandi: Hormati Keputusan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan untuk membatalkan penukaran agama tiga anak guru tadika M. Indira Gandhi kepada Islam oleh bekas suaminya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak yang akhirnya perlu akur dengan sistem kehakiman negara.

“Saya fikir adalah sangat sukar untuk memuaskan semua orang namun penting bagi kita untuk memastikan kita menghormati sistem, proses dan keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan terbaik semua pihak,” kata Presiden UMNO itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk meminda undang-undang berkaitan pertukaran agama anak secara unilateral susulan keputusan mahkamah itu, Najib berkata kerajaan akan melihat mengenai perkara tersebut.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd