• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hilang Kabel: 2 Kakitangan TM Direman

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung jual beli kabel TM berjumlah RM7,650, sejak dua tahun lepas.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Nur Hayatie Mohd Saini selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada 10.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, kedua-dua suspek yang merupakan Pembantu Pegawai Teknik/Telekom Malaysia Wilayah Johor Selatan masing-masing berumur 29 dan 30 tahun, ditahan di Ibu Sawat TM, Johor Bahru sekitar 4.25 dan 5.30 petang.

Mereka ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket jual beli kabel sebagai balasan membawa keluar drop fiber jenama Lite Kabel milik TM dari ‘stor’ Telekom Malaysia (TM) secara tidak sah untuk dijual dalam pasaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: curi kabel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd