• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keropok Udang Di Pasaran Perak Logo Halal Yang Sah

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengesahkan keropok udang yang dijual di pasaran sekitar negeri ini mempunyai sijil dan penandaan logo halal yang sah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Shamsul Nizam Khalil berkata hasil pemeriksaan terhadap 65 premis di sepanjang hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam sehingga Alor Pongsu serta kawasan tumpuan orang ramai mendapati produk itu mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Perak.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut terdapat enam keluaran syarikat berbeza turut dipasarkan dalam pasaran ketika ini. Pemeriksaan juga mendapati pembungkusan keropok udang juga hampir sama seperti yang dirampas pada 4 Jan lalu, di mana terdapat seekor gambar udang di hadapan pembungkusan.

“Hasil pemeriksaan mendapati produk berkenaan menggunakan logo halal yang mendapat pensijilan daripada Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri, hasil pemeriksaan juga mendapati produk keropok udang yang diambil tindakan pada 4 Jan lalu tiada lagi dijual di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pemeriksaan susulan terhadap penjualan keropok udang di Perak, di Pejabat KPDNKK Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Nizam turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak meletakkan logo halal pada produk mereka sehingga mendapat perakuan daripada pihak berkuasa.

Syarikat yang meletakkan logo halal palsu boleh didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd