• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Remuk Ditimpa Buah Nangka Dicampak Dari Flat

oleh
18/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jika di Malaysia, seorang remaja maut tragik ditimpa kerusi yang dicampak dari atas sebuah flat awam di Kuala Lumpur kelmarin, lain pula ceritanya berlaku di Singapura semalam.

Sebiji buah nangka yang agak besar dilaporkan jatuh menimpa ke atas sebuah kereta di Blok 19G kawasan flat awam Ghim Moh petang Rabu menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian bumbung dan cermin depan kenderaan itu.

Gambar-gambar insiden pelik tersebut turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook tempatan bernama Sam Tan menunjukkan buah nangka bersaiz besar berada di jalan raya setelah melantun menghempap kereta itu.

Netizen tersebut memberitahu agensi berita Mediacorp bahawa apabila tiba di tempat letak kenderaan di blok berkenaan untuk membeli makanan ibunya, dia ternampak ramai orang mengerumuni kereta yang rosak itu.

“Bumbung kereta jenis Toyota itu kelihatan cukup remuk dengan dahsyat sekali manakala cermin depan pula pecah. Dua pegawai polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu (pemilik kenderaan berkenaan),” kata Tan.

Pihak polis Singapura dalam maklumannya kepada Mediacorp menyatakan bahawa mereka diberitahu mengenai insiden kemalangan aneh itu dan terus bergegas ke lokasi pada pukul 4.36 petang. Tiada kecederaan dilaporkan.

Polis turut menambah bahawa siasatan masih lagi giat dijalankan untuk memburu suspek yang biadab itu kerana tiada pokok nangka tumbuh di sekitar kawasan parkir sekali gus menunjukkan ia memang dicampak secara sengaja.

Ibarat pepatah lama Melayu iaitu buah nangka busuk yang tiba-tiba jatuh ke tanah bagi menggambarkan nasib malang seseorang, kes lucu itu turut menjadi bahan jenaka popular dalam kalangan netizen Singapura sendiri.

Ramai dilaporkan malu bagaimana masih ada lagi penduduk republik itu selamba baling buah dari rumah mereka di sebalik imej positif negara tersebut yang amat terkenal dengan tahap disiplin tinggi terutama isu kebersihan awam.

Di Singapura, nangka lazimnya banyak diimport dari Malaysia dan ia dijual di pasaran dengan harga S$6 (kira-kira RM18) setiap kilogram atau S$150 (RM448) bagi sebiji buah bersaiz paling besar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video sekadar hiasan…

Tags: NangkaSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Hina Graduan Berniaga Jual Nasi Lemak

Next Post

Masih Tutup Aurat, Wany Elak Baca Komen Negatif

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Masih Tutup Aurat, Wany Elak Baca Komen Negatif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd