• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Pembinaan 10 SJKC Akhir 2017

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Kerajaan telah meluluskan pembinaan 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada akhir tahun lepas dan dengan itu tiada keperluan mendesak buat masa ini untuk menambah jumlah itu, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau menjelaskan pembinaan sekolah baharu adalah mengikut keperluan berdasarkan kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

“Kita (KPM) akan fokus pada pembinaan 10 sekolah ini dulu kerana ia merupakan keperluan mendesak.

“Bagaimanapun, kita (KPM) tidak menolak permintaan daripada mana-mana pihak untuk pembinaan sekolah baharu namun penelitian secara terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada 23 Jan lepas berhubung desakan Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kepada kerajaan untuk membina 34 lagi SJKC.

Katanya sekiranya ada keperluan mendesak bagi pembinaan sekolah baharu, Pejabat Penddiikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian dan mencadangkannya kepada kementerian.

Terdahulu, Mahdzir menyampaikan sumbangan keperluan asas berupa makanan kepada 50 kakitangan Jabatan Kesihatan daerah Padang Terap di perkarangan Hospital Kuala Nerang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd