• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Keutamaan Tinggi Bidang Pendidikan

oleh AK-47
21/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Kerajaan sentiasa memberi keutamaan sangat tinggi terhadap bidang pendidikan kerana menguasai limu dan kemahiran adalah prasyarat untuk berjaya di dunia dan akhirat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan perlu ada wawasan untuk menyediakan generasi hari ini dengan ilmu untuk menangani cabaran pada hari ini dan di masa depan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandau di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Najib berkata kerajaan tidak boleh bermain politik untuk popular dan tidak mempunyai wawasan untuk bersaing dalam persekitaran yang semakin kompetitif.

Kerajaan yang bertanggungjawab perlu menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat, katanya sambil menegaskan kerajaan tidak menjanjikan fantasi yang tidak mungkin dapat dilaksanakan.

“Kita (kerajaan Barisan Nasional) tidak seperti pembangkang suka memberikan janji kosong untuk memperdaya rakyat membenci kerajaan. Kita sebagai kerajaan lakukan terbaik dan ada kemampuan untuk menunai dan melaksanakan janji kepada rakyat,” katanya.

Najib berkata sebagai perdana menteri menjadi satu wawasan kepadanya untuk meletakkan negara antara 20 terbaik di dunia suatu hari nanti.

Beliau berkata ia bukan fantasi atau omong kosong berikutan sudah ada tanda kejayaan apabila negara mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 6.2 peratus suku ketiga tahun lepas.

Katanya dalam kategori penerapan kewangan, Malaysia masuk dalam kategori A.

“Sebab itu apabila pembangkang cakap negara bankrap, mereka main buyuk (menipu). Kalau negara bankrap, Musa tidak dapat peruntukan diperlukan untuk pembangunan Sabah. Kalau negara bankrap bolehkah saya luluskan peruntukan untuk mana-mana negeri,” katanya.

Justeru, Najib berkata rakyat tidak boleh mempercayai pembangkang kerana mereka memainkan sentimen perasaan sangsi dan benci terhadap kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd