• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belajar Kenali Ciri-Ciri Wang Tulen & Wang Palsu

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHANGLUN – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar malam Changlun di sini bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.

Ketua BNM Pulau Pinang Hasjun Hashim berkata mata wang Ringgit mempunyai 10 ciri keselamatan yang boleh dikesan oleh orang awam, antaranya cetakan timbul, potret tanda bayang, tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100), benang keselamatan kanta makro, petak kilat berwarna dan benang serat keselamatan.

BNM juga telah membangunkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore pada telefon pintar untuk membuat imbasan pada wang kertas, katanya kepada pemberita pada program itu.

Pada program itu, Hasjun turut mengedarkan pamplet ‘Kenali Mata Wang’ kepada orang ramai dan peniaga di pasar malam itu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Katanya sehingga kini enam pasar malam di wilayah utara telah dikunjungi BNM iaitu lima di Pulau Pinang dan satu di Kedah bagi memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Pasar Malam Daerah Kubang Pasu, Shaimi Ahmad berkata, program diadakan BNM itu dapat membantu para peniaga dan orang ramai daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian.

“Penerangan dan demontrasi yang diberikan pihak BNM membolehkan kami (peniaga) lebih tahu untuk membezakan wang tulen dan wang palsu,” katanya.

Peniaga soto, Faiizah Ismail, 54, berkata, setakat ini beliau belum pernah menerima wang palsu daripada pelanggan.

“Program ini patut diadakan sekerap mungkin agar mereka yang tidak bertanggungjawab tahu tindakan mereka sedang diawasi dan seterusnya dapat mengelak kes-kes penipuan duit palsu terus berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)Wang Tulen & Wang Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemajuan Negara: Peranan Wanita Penting

Next Post

Mayat Pendaki Tergantung Dan Diseliputi Ais

Related Posts

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

Rizab Rasmi Malaysia AS$102.484 Bilion Pada Akhir April

29/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion....

Next Post

Mayat Pendaki Tergantung Dan Diseliputi Ais

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd