• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Bergelut Atasi Persija Jakarta 1-0

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Liga Super, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi juara Liga Indonesia 2001, Persija Jakarta 1-0 pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Super Boost Sportsfix di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Skuad The Red Warriors yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong mereka melancarkan serangan bertali arus ke kubu Persija sebaik sahaja pengadil, Zulkarnain Zakaria meniupkan wisel perlawanan namun berjaya diserap oleh barisan benteng pertahanan pasukan lawan diketuai pemain import tinggi lampai dari Brazil, Jamierson da Silva Xavier.

Pasukan Persija turut melakukan beberapa serangan balas berbahaya ke pintu gol Kelantan namun digagalkan oleh ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik perlawanan kembali bersambung, pengendali pasukan Kelantan, Sathit Bensoh melakukan beberapa pertukaran di jentera serangan bagi memburu gol pembukaan.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh Zulkarnain setelah pemain gantian Persija, Vava Mario Yagalo menjatuhkan penyerang Kelantan, Ferdinand Alfred dari Brazil dalam kotak penalti pada minit ke-76.

Rakan senegara Ferdinand, Bruno Lopes yang ditugaskan mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjag gol Persija, Dary Ono dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri berdepan wakil Liga Perdana Thailand, Ratchaburi FC pada Sabtu ini, di venue yang sama bagi menentukan pemenang kejohanan itu yang disertai tiga pasukan sahaja.

Untuk rekod, Persija menang selesa 3-1 ke atas Ratchaburi FC pada aksi pembukaan kejohanan berkenaan, Sabtu lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Sathit berpuas hati dengan prestasi pemainnya yang berdepan tentangan sengit daripada pasukan lawan.

“Saya gembira kita berjaya meraih tiga mata berharga biarpun pasukan lawan mempamerkan corak permainan padat terutamanya di benteng pertahanan, dan berharap kemenangan itu dapat menyuntik keyakinan pemain apabila berdepan Ratchaburi FC pada Sabtu ini,” kata jurulatih Kelantan kelahiran Thailand itu.

Ketua jurulatih Persija Jakarta, Alessandro Stefano ternyata kecewa selepas anak buahnya gagal mengekalkan rentak kemenangan pada kejohanan tersebut.

“Saya gembira pasukan kami dijemput menyertai kejohanan ini kerana kita melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim baharu Liga Indonesia.

“Melalui penyertaan kami pada kejohanan ini, saya berjaya mengenal pasti beberapa kelemahan terutama corak taktikal dan kecergasan pemain sebelum kami memulakan kempen kejohanan Piala AFC dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: TRW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerusi Maut: 31 Individu Beri Keterangan, Jadi Kes Bunuh

Next Post

OKU Guna Lidah Promosi Produk Keluaran Keluarga

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Kelantan Masih Intai Jurulatih Tempatan Untuk Isi Kekosongan

19/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih meneliti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan...

Next Post

OKU Guna Lidah Promosi Produk Keluaran Keluarga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd