• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Argentina Mohon Bantu Kesan Budak Diculik

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedutaan Argentina di Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Alum Langone Avalos, 7, yang dilaporkan diculik sejak Jun 2017.

Kedutaan itu dalam satu kenyataan berkata, Alum dengan ketinggian 1.25 meter, berambut coklat gelap dan bermata hijau, kali terakhir dilihat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menuju ke Kulai, Johor.

“Ibu bapa Alum, kedua-dua warga Argentina telah berpisah, dan ibunya Elisabeth diberikan hak penjagaan penuh. Ayahnya menculik Alum dari sekolahnya dan meningalkan Argentina secara haram.

“Kedutaan mengesahkan baru-baru ini, bapa kanak-kanak itu dilihat bersama dengan anaknya di beberapa lokasi berbeza di Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Ibu Alum, Elisabeth Avalos meminta pihak media membantu dengan memberikan liputan terhadap kes anaknya agar anaknya, yang kini di Malaysia ditemui dan berharap segala kesengsaraan akibat terpisah dengan anaknya selama tujuh bulan akan berakhir.

“Pihak berkuasa Malaysia telah bekerjasama rapat dengan kami dan kami amat berharap Alum akan ditemui. Bagi mencapai matlamat itu, sebarang maklumat daripada orang ramai sangat dihargai,” kata Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Kedutaan Argentina di talian +6012-2012464. – BERNAMA

Tags: Alum Langone AvalosDiculik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

05/05/2024
0

KOTA KINABALU: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum dapat menyelamatkan diri, Rabu lalu didapati hanya cerita rekaan....

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan

28/12/2023
0

Batu Pahat: Polis mengesahkan sudah menahan seorang individu dipercayai teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella bagi membantu siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd