• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum India Di W.Persekutuan Tak Pinggirkan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebajikan untuk kaum India di Wilayah Persekutuan tidak pernah terabai kerana kerajaan komited untuk memastikan kebajikan setiap warga kota terbela, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata masyarakat India diminta tidak melepaskan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan antaranya rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta pinjaman perumahan khas buat kaum India.

“Kerajaan memperuntukkan dana khas sebanyak RM50 juta kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi pembeli kaum India yang mahu membuat pinjaman untuk pembelian unit Rumawip (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan).

“Program seperti Rumawip dan perumahan rakyat, kita sentiasa memastikan supaya kuota tertentu diberi kepada kaum India,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Ponggal 2018 di Yayasan Wangsa Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata kaum India diminta terus bersatu kerana tidak ada parti selain Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin demi menentukan nasib rakyat Malaysia.

“Tanyalah wakil rakyat pembangkang. Mereka hanya cakap. Cakap tetapi tidak buat kerja. BN cakap dan buat kerja. Saya percaya dengan semangat dan penyatuan dalam program hari ini dapat dikekalkan sehingga musim pilihan raya akan datang. Insya-Allah Wangsa Maju dalam tangan BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorKaum India
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bagan Datuk Bakal Miliki Kilang Pasang Trak, Lori

Next Post

FMLLP Umum Venue Rasmi Pasukan Selangor Esok

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Next Post

FMLLP Umum Venue Rasmi Pasukan Selangor Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd