• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasut Lusuh Adik Natasha, Mengundang Sebak Netizen

oleh
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAYU… Sebak rasa hati melihat wajah anak kecil ini dan bertambah sedih apabila memandang kasut sekolah sudah lusuh dan koyak yang dipakainya pada hari pertama persekolahan.

Namun itulah yang berlaku apabila kisah satu keluarga kurang berkemampuan diceritakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Kureeq menjadi tular menerusi media sosial sejak semalam.

Secara ringkasnya, perkongsian itu menceritakan mengenai kisah hidup serba kekurangan yang dialami oleh keluarga seorang kanak-kanak dikenali sebagai Nadia Natasha.

Murid perempuan ini berasal daripada sebuah keluarga yang kurang berkemampuan malah hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kelengkapan yang mencukupi.

Difahamkan, ayahnya terpaksa mengambil upah dengan menjaga ternakan orang manakala ibunya pula hanya bekerja sebagai pemungut tiram demi menyara dan membantu keluarga.

Malah, disebabkan penggantian cuaca yang tidak menentu, ibunya kini hanya keluar mencari daun nipah untuk dijadikan rokok daun dan dijual kepada peraih tempatan.

Nastasha mempunyai lapan orang adik beradik dan akibat kesempitan wang, hanya dia dan adiknya sahaja yang mampu bersekolah.

Manakala, adik-beradiknya yang lain terpaksa berhenti sekolah ekoran ayahnya kini sudah tidak mampu lagi mencari nafkah dan segala tanggungjawab kini hanya terletak di bahu ibunya.

Seperti dimaklumkan, keluarga Natasha menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan manakala dia yang mempunyai kad OKU pula hanya menerima RM1,800 setahun.

Semua bantuan berkenaan digunakan oleh keluarga Natasha bagi menampung kos sara hidup mereka termasuk kos rawatan adik bongsunya yang menghidap penyakit lelah.

Lebih memilukan, keluarga kanak-kanak ini hanya berlindung di rumah usang tanpa perabot dan tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk digunakan.

Dimaklumkan juga, Natasha ke sekolah hanya dengan berjalan kaki sejauh dua kilometer dan ditemani oleh adiknya yang juga belajar di sekolah yang sama.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kisah ini sememangnya meruntun hati, apa yang mereka mampu hanyalah sekadar cukup-cukup makan sahaja!

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat ribuan tweet dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan berniat untuk bantu keluarga berkenaan.

Kepada sesiapa berhati mulia yang ingin beri sumbangan, bolehlah menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam 03018021439897 atas nama Ibrahim bin Donik atau hubungi di talian 011-17911472 (Mazilawati).

Bukan itu sahaja, anda juga boleh datang sendiri ke kediaman Natasha di alamat, Kampung Sador Tawang, 16020 Bachok, Kelantan bagi menyerahkan sumbangan itu sendiri kepada mereka.

Semoga perkongsian ini membuka mata ramai sekali gus mendapat perhatian daripada pihak berwajib.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Bantuan Persekolahankisah sedihSesi Persekolahantahun baru 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah China Lelong ‘Online’ Pencakar Langit

Next Post

Polis Kesan Pisau Bunuh Stesen Minyak Di Laluan Desaru

Related Posts

200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang

200 Kanak-kanak GISBH Ikuti Sesi Persekolahan Akan Datang

08/02/2025
0

SHAH ALAM - Sebanyak 200 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor,...

Himpunan Lima Planet Serentak Di Angkasa Malam Ini

KPM Setuju Kembalikan Sesi Persekolahan Kepada Januari

28/03/2023
1

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari, namun pelaksanaanya bukan dalam masa terdekat...

Next Post

Polis Kesan Pisau Bunuh Stesen Minyak Di Laluan Desaru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd