• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kenal Pasti 5,000 Syarikat Tipu GST

oleh
21/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya mengenal pasti 5,000 syarikat yang didapati menipu agensi itu daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam dan menjelaskan syarikat terbabit ada sengaja buat tuntutan palsu untuk elak bayar GST yang dikenakan ke atas pengguna mereka kepada agensi tersebut.

Beliau menambah, jumlah berkenaan direkodkan sejak sistem pencukaian itu dilaksanakan pada 2015 daripada keseluruhan 465,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST dan kertas siasatan telah dibuka terhadap pihak terlibat.

“Kita sebelum ini telah pun mengambil pendekatan mesra dengan turun padang bertemu untuk memberi penerangan kepada syarikat-syarikat berhubung cara mengisi borang mengisytihar GST.

“Jika ada kesilapan, pihak kastam memberi khidmat nasihat. Namun jika masih berdegil dan menipu, tindakan tegas diambil menerusi peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Subromaniam sebelum itu menyempurnakan program Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KA1M) yang disertai 6,255 peserta di 10 lokasi seluruh negara sekali gus mencipta rekod Malaysia Book Of Records (MBOR).

Acara tahunan berkenaan diiktiraf sebagai program kayuhan amal terbesar secara serentak di negara ini namun kali ini dihadkan kepada peserta berusia bawah 60 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Alexis Sanchez Ucap ‘Selamat Tinggal Arsenal’

Next Post

‘Blogger’ China Guna Lesen Memandu Bangladesh?

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

'Blogger' China Guna Lesen Memandu Bangladesh?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd