• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Persiaran Cartoon Network Bakal Belayar

oleh
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNIA KARTUN… Ini tentu berita gembira buat ramai penggemar Cartoon Network di seluruh dunia untuk merasai sendiri suasana ceria bertemakan saluran kartun terkenal berkenaan.

Turner Asia Pasific, yang mengedarkan Cartoon Network di rantau Asia Tenggara hari ini mengumumkan ia akan bekerjasama dengan pihak syarikat pengurusan kapal persiaran ternama antarabangsa, Oceanic Group.

Menurut stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, firma berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) itu melancarkan kapal pesiaran bertema menampilkan watak-watak popular Cartoon Network.

Kapal itu akan dipanggil Cartoon Network Wave. Ia adalah kapal pesiaran pertama menjalani “perubahan penuh Cartoon Network“, menurut kenyataan media syarikat itu yang mewujudkan saluran tersebut sejak 1992.

Ketua eksekutif Oceanic Group, Daniel Chui berkata, kapal tersebut dijadual memulakan pelayaran pertama dari pelabuhan Singapura pada hujung 2018 dengan dilengkapi 11 buah dek dan boleh menampung 2,000 tetamu.

Dengan pelaburan AS$100 juta, ia diilhamkan berdasarkan watak terkenal daripada rancangan ikonik antaranya Adventure Time, Powerpuff Girls dan Ben 10, menurut beliau kepada akhbar The Business Times di Singapura.

Antara daya tarikannya termasuk restoran burger bertemakan Johnny Bravo dan diberi nama Bravo’s Place, kolam Toonix dan taman kembara bertali. Selain itu, terdapat 800 kabin dan suit, termasuk dua suit tiga tingkat.

Cartoon Network Wave akan berlabuh di dermaga Pusat Kapal Persiaran Singapura serta berlayar ke 13 destinasi utama di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Thailand, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

Tarikh dan jadual perjalanan bagi laluannya akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang manakala harga tiket pelayaran bermula daripada AS$150 semalaman, menurut laman Cartoon Network. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cartoon Networkkartun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United!  Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi...

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd