• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Ikut Hati, Pulangkan Darjah Bergelar Itu”

oleh
18/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menzahirkan dukacita terhadap tindakan individu terkenal dianugerahkan darjah kebesaran yang terlibat jenayah.

Tanpa menyebut nama secara khusus, titah baginda, semua penerima gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ dari Pahang termasuk golongan artis sepatutnya sudah sedia maklum akan etika serta syarat yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, ramai netizen melihat titah tersebut sebagai merujuk kes pelakon, Datuk Farid Kamil yang terpaksa ditangkap polis kerana menampar anggota bertugas dan orang awam selain disahkan sebagai positif dadah.

Kes itu menarik perhatian pelbagai pihak apabila ramai mempertikaikan bagaimana beliau boleh layak menerima kebesaran Pahang yang membawa gelaran Datuk akhir tahun lalu dan kini terbabit dengan masalah moral.

Justeru, ramai menyambut baik ketegasan Tengku Abdullah yang bertitah jika berlaku sebarang pelanggaran etika, individu terbabit dapat bertindak sewajarnya termasuk dengan rela hati memulangkan semula darjah tersebut.

“Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran tersebut.

“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri) tapi kena ikut prosedur. Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

“Kalau (mereka) sudah sedar dan pulangkan sendiri (darjah kebesaran) itu lebih bersopan. Kita bukan hendak hukum mana-mana pihak tetapi mereka sendiri tersilap langkah,” titah baginda.

Tengku Abdullah dipetik Bernama bertitah demikian kepada pihak media selepas mencemar duli melawat mangsa kebakaran di Sungai Isap 2, Kuantan, Pahang pada Rabu.

Memetik sumber difahamkan, titah itu dibuat sehari sejurus Farid Kamil didakwa dengan empat tuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM 

Tags: Datuk Farid KamilFarid KamilPemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPK Beseri Guna RM500,000 Kembang Projek Ekonomi

Next Post

Hanis Zalikha Tak Mahu Yusof ‘Kerja’, Terus Membesar

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

Next Post

Hanis Zalikha Tak Mahu Yusof 'Kerja', Terus Membesar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd