• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kafir Mengkafir Tindakan Ekstremisme – Nooh

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan umat Islam yang kafir mengkafir sesama sendiri adalah sebahagian daripada tindakan ekstremisme, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata tindakan itu juga merosakkan imej Islam yang jelas tidak membenarkan umatnya untuk membuka aib orang lain atau aib diri sendiri.

“Yang boleh tahu kafir masuk neraka, manusia atau Allah S.W.T.? Jangan ambil kerja Allah S.W.T.,” katanya kepada pemberita pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018, di sini hari ini.

Terdahulu ketika membentangkan kertas bertajuk ‘Peranan Agama Dalam memupuk Nilai-nilai Wasatiyyah dan menolak Ideologi Radikal dan Ekstrim’ pada dialog itu, Nooh berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep Wasatiyyah bagi menangani Islamophobia adalah tindakan terpuji.

Beliau juga mencadangkan agar mata pelajaran Wasatiyyah perlu diajar secara meluas di peringkat pengajian sekunder (menengah) dan tertier (pengajian tinggi) bagi meningkatkan kefahaman terhadap konsep itu.

“Semua pihak perlu memahami dan menghayati konsep Wasatiyyah di semua peringkat yang akan melahirkan modal insan yang rabbani, soleh, komuniti yang proaktif yang akhirnya akan menghasilkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Nooh berkata sekiranya ciri-ciri dan konsep Wasatiyyah tidak diamalkan, ia akan memburukkan imej dan gambaran Islam di mata dunia dan Bukan Islam serta menggalakkan Islamophobia. – BERNAMA

Tags: Datuk Nooh Gadut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Si Melayu Penang Ini Bangga Israel Bunuh Palestin?

Next Post

JSJK Selesai Rakam Percakapan Mohd Isa

Related Posts

Wajah Mohamad Thaqif Amin Luar Biasa – Nooh Gadut

29/04/2017
0

JOHOR BAHRU - Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal...

Next Post

JSJK Selesai Rakam Percakapan Mohd Isa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd