• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Saksikan Gerhana Bulan Penuh 31 Januari Ini

oleh AK-47
01/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALI terakhir rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan tiga fenomena alam secara serentak yang berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’ ialah pada 31 Mac 1866.

Sudah pasti ramai yang tidak berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini yang berlaku kira-kira 152 tahun lalu itu.

Namun jangan khuatir kerana anda bakal menyaksikan fenomena ajaib ini sekali lagi pada esok!

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), orang ramai bakal menyaksikan sekali lagi fenomena hebat ini pada 31 Januari 2018 ini.

Fenomena yang mempunyai tiga fasa bergelar ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’ ini dijangka mengambil masa selama lima jam 17 minit, bermula pada pukul 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari).

Fasa gerhana penuh maksima akan berlaku pada pukul 8.51 malam sehingga kemuncaknya pada 9.29 malam dan tamat pada 10.07 malam.

Fenomena ini turut boleh disaksikan di beberapa kawasan di rantau timur Eropah, timur Afrika, Asia, Australia dan Ameraka Utara.

Sebagai pencerahan, gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.

Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari ini berbeza daripada gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor.

Ini termasuk keadaan di lapisan atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.

Ketika hampir berlaku gerhana pada 31 Januari ini, bulan sebenarnya baru saja melepasi kedudukan perigee iaitu sehari sebelumnya dengan jarak 358,993 kilometer dari bumi, sekali gus menjadikan kali ini ‘Gerhana Supermoon’.

Supermoon akan berlaku apabila bulan berada pada jarak kurang 360,000 kilometer dari bumi dan tiada peralatan tertentu diperlukan untuk melihat fenomena ini.

Dengan itu juga, Observatori Negara Langkawi dengan kerjasama ANGKASA bakal buka peluang kepada orang awam yang berada di Kedah dan kawasan sekitar untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan ini bersama.

Di perkarangan balai itu nanti, orang ramai turut berpeluang untuk menggunakan beberapa teleskop mudah alih yang disediakan yang mana ia akan memberikan pengalaman lebih bermakna kepada para pengunjung.

Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar, namun jika anda mempunyai binokular atau teleskop, pemandangan akan lebih jelas dan menarik.

Selain itu, lokasi lain yang boleh dikunjungi orang ramai bagi melakukan aktiviti pencerapan adalah seperti berikut:-

  • Planetarium Negara, Kuala Lumpur
  • Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor
  • Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
  • Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza)
  • Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory)
  • Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan

Sebagai maklumat tambahan, gerhana bulan penuh ini dipercayai akan berlaku sekali lagi dan kelihatan di Malaysia pada 28 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AngkasaFenomena SupermoongerhanaGerhana Bulan Penuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd