• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JCorp Wi-Fi Bakal Bawa Limpahan Ekonomi Rakyat Johor

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kemudahan perkhidmatan Wi-Fi percuma yang bakal dinikmati rakyat di negeri ini secara keseluruhannya mulai Februari, dijangka turut membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Johor Corporation (Johor Corp) berkata kemudahan tersebut bukan sahaja tersedia untuk masyarakat di bandar tetapi turut melibatkan beberapa kawasan terpilih di luar bandar.

“Hanya dengan jaringan Internet yang stabil dan meluas seperti ini, kawasan luar bandar akan dapat menerima pelbagai limpahan ekonomi dari bandar dan sebaliknya,” kata beliau sebelum melancarkan JCorp Wi-Fi dan aplikasi E-Hailing di Larkin Sentral, di sini hari ini.

JCorp Wi-Fi merupakan satu daripada titik sentuhan Bajet Johor 2018 yang diusahakan oleh Johor Corp dengan kerjasama rakan strategiknya Telekom Malaysia Bhd.

Menerusi JCorp Wi-Fi ini, lebih 800 hotspot dibangunkan di seluruh Johor mulai November tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

Sementara itu, aplikasi E-Hailing yang dinamakan ‘TEKSICoop’ itu akan menjadi platform yang memudahkan pemesanan dan panggilan pengangkutan awam teksi di Johor selain dijangka memberi saingan kepada aplikasi-aplikasi sedia ada seperti Uber dan Grab.

“Para pemandu sendiri mestilah juga berusaha untuk memastikan yang perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada para pengguna sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik,” kata beliau.

Aspek harga, ketetapan masa, budi bahasa, pemanduan berhemah, sikap yang disenangi dan disegani, perlu diberi perhatian oleh pemandu teksi memandangkan aspek-aspek itu adalah antara perkara yang diperhatikan oleh masyarakat, katanya. – BERNAMA

Tags: JCORP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JCorp Lantik Syed Mohamed Presiden, Ketua Eksekutif Baharu

10/01/2020
0

JOHOR BAHRU - Johor Corporation (JCorp) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim sebagai presiden dan ketua eksekutif...

Berita Jual Aset QSR Brands Hanya Spekulasi – MB Johor

02/12/2019
0

SKANDAR PUTERI - Johor Corporation (JCorp) telah meningkatkan pegangannya dalam QSR Brands (M) Holdings Bhd., yang mengoperasikan rantaian restoran KFC...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd