• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janna Nick, Ajak Shiro Sah Wajah Baru Melodi 2018!

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN 2018 melakar sejarah baharu apabila pelbagai perubahan besar berlaku kepada beberapa rancangan terbitan stesen televisyen swasta terrestrial, TV3.

Jika sebelum ini, TV3 mengumumkan pelakon, Mira Filzah sebagai hos baharu program Nona 2018 menggantikan Uyaina Rashid, nampaknya rancangan hiburan sensasi, Melodi turut menerima wajah baharu!

Bakal menampilkan duo terbaharu, TV3 menggandingkan aktres, Janna Nick dan pelawak popular, Ajak Shiro sebagai pengacara terkini untuk program infotainment paling popular berkenaan.

Pemilihan Janna dan Ajak itu sekali gus mengesahkan yang kini pengacara terkenal, Awal Ashaari sudah tidak lagi bersama Melodi selepas hampir enam tahun mengendalikan program hiburan tersebut.

Pelakon, Janna Nick

Pada musim terbaharu ini, TV3 memaklumkan bahawa Melodi bakal bersiaran secara langsung selama satu jam setengah bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang pada setiap Ahad.

Bukan itu sahaja, malah pihak TV3 juga memberitahu bahawa Melodi kali ini bakal menampilkan tiga segmen baharu bagi mengekalkan identiti rancangan tersebut sebagai program yang ‘fresh’ dan hip.

Pelawak, Ajak Shiro

Tahniah diucapkan buat Janna dan Ajak! Mungkin ini rezeki buat kalian. Semoga gandingan ini akan lebih memeriahkan lagi program berkonsep santai itu! All the best! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ajak shiroJanna Nick
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd