• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janna Hadiah Ibu Kereta Mewah Sempena Hari Lahir

oleh
16/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Shasha yang ke-44 tahun, semalam. Kata Janna, 23, ibunya tidak pernah meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir.

“Saya pun tidak pernah pakai kereta mewah. Namun sebagai anak, tidak salah untuk berbelanja kepada orang yang kita sayang terutama ibu kandung sendiri yang melahir dan membesarkan saya selama ini.

“Saya percaya kalau kita mendahulukan ibu dan keluarga dalam segala hal, Allah pasti memberi rezeki yang banyak. Lagi pula tidak perlu nak kedekut dengan ibu bapa dan adik beradik sendiri.

“Rezeki yang saya ada sekarang pun adalah hasil berkat daripada doa dan restu mereka. Jadi, tidak salah untuk saya berkongsi pula,” katanya yang dipetik portal tempatan Harian Metro.

Janna memilih kereta sebagai hadiah sempena hari jadi kerana ingin ibunya lebih yakin dan berkata: “Mak saya seorang yang kurang berkeyakinan. Jadi saya harap dengan hadiah ini dia lebih berani.

“Jauh di sudut hati seorang ibu, saya pasti dia berasa gembira dengan apa yang diterima. Saya bukannya ingin menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.

“Saya berharap ia juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai dan membalas jasa orang tua dalam apa cara sekali pun,” kata Janna lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Janna Nick
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd