• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertanian Perlis Keluar Panduan Cegah Padi Angin

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pertanian Perlis hari ini mengeluarkan satu garis panduan kepada para petani di negeri ini bagi mencegah tanaman mereka daripada diserang penyakit ‘padi angin.’

Pengarahnya Zulkifli Amin Mohd Jusoh berkata garis panduan itu perlu dipatuhi sepenuhnya.

Mengikut garis panduan itu para petani hendaklah membakar semua tunggul padi bagi membunuh virus yang terlekat pada tunggul padi dan memusnahkan sepenuhnya pokok yang tumbuh semula selepas penuaian dan diikuti dengan meracun jika masih ada benih yang tumbuh.

“Seminggu selepas meracun, para petani hendaklah menabur baja kering dan kemudian diracun bagi membunuh rumput rampai bagi memastikan virus padi angin musnah sama sekali,” kata Zulkifli Amin kepada Bernama di sini, hari ini.

Penyakit padi angin iaitu buah padi tidak berisi menyebabkan ia menjadi ringan, menjangkiti beratus hektar tanaman padi di Perlis menyebabkan ratusan petani di negeri ini mengalami kerugian besar dalam musim menuai sekarang.

Penyakit padi angin juga dipercayai berpunca oleh penggunaan benih padi tidak sah atau haram.

Zulkifli Amin mengingatkan petani menghentikan pembakaran jerami mengikut lorong kerana pembakaran sedemikian tidak menyeluruh dan tidak menghapuskan virus padi angin sehingga ke akar umbi. – BERNAMA

Tags: Padi Angin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petani Perlu Guna Teknologi Atasi Masalah Padi Angin

25/09/2018
0

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan teknologi moden atau kaedah sesuai bagi mengatasi...

Elak Padi Angin Dengan Kaedah Tanaman Dan Benih Yang Betul

06/09/2018
0

KANGAR - Masalah padi angin yang sering dihadapi petani sehingga menjejaskan hasil tuaian dapat dielak jika mereka menggunakan kaedah tanaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd