• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isyarat Trafik Diperlukan Di Lintasan Pejalan Kaki

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati lintasan pejalan kaki perlu dilengkapi dengan isyarat trafik bagi memastikan kenderaan berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki sebagai suatu tuntutan undang-undang.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata turut disyorkan ialah pihak penguat kuasa undang-undang mengeluarkan saman atau mengenakan sistem potongan mata sekiranya pemandu tidak memberi laluan kepada pengguna lintasan pejalan kaki.

“Miros melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku pejalan kaki dan pemandu di lintasan pejalan kaki yang mempunyai dan tidak mempunyai isyarat trafik. Pemerhatian itu mendapati sekitar 74 peratus pemandu tidak memberi laluan kepada pejalan kaki di lintasan pejalan kaki, terutama di persimpangan yang tidak dilengkapi isyarat trafik.

“Bagi persimpangan yang mempunyai isyarat trafik, hanya 8.2 peratus pemandu tidak mematuhi peraturan lalu lintas (melanggar isyarat lampu merah) di lintasan pejalan kaki. Sementara itu, 95.4 peratus pejalan kaki menggunakan “crosswalk” (lintasan pejalan kaki) dengan cara sewajarnya di persimpangan yang tidak mempunyai isyarat dan 83.1 peratus di persimpangan yang mempunyai isyarat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lee berkata 8.3 peratus pemandu pula didapati menggunakan telefon bimbit ketika berada di lintasan pejalan kaki, manakala 6.8 peratus pejalan kaki menggunakan alat itu ketika melintas di lintasan pejalan kaki yang tidak mempunyai isyarat dan 5.1 peratus di persimpangan yang mempunyai isyarat.

Menurut beliau, kajian yang dilakukan sebuah universiti tempatan pula mendapati kesediaan pemandu untuk berhenti di lintasan pejalan kaki adalah sangat rendah.

“Pejalan kaki akan berpeluang melintas sekiranya kenderaan bergerak secara berkumpulan. Keadaan ini mungkin disebabkan wujud salah faham tentang hak laluan di lintasan pejalan kaki yang tidak mempunyai isyarat,” katanya.

Lee berkata pejalan kaki dan kenderaan di negara ini tergolong sebagai trafik yang terikat dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Akta itu digubal untuk memberi peruntukan tentang peraturan melibatkan kenderaan bermotor dan trafik di jalan raya serta perkara lain yang mempunyai kaitan dengan jalan raya dan kenderaan. – BERNAMA

Tags: MIROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lapan Lelaki Positif Dadah Ditahan AADK Perlis

Next Post

Pesakit Saraf Terharu Terima Lawatan MB Pahang

Related Posts

Rim, Tayar Kangkang Hanya Undang Bahaya – MIROS

09/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengubahsuaian melampau pada roda kenderaan, termasuk memasang rim dan tayar terkeluar daripada ruang roda kenderaan atau 'hellaflush',...

Hanya CRS Jenis R44, R129 Diiktiraf Di Malaysia – Miros

25/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di...

Next Post

Pesakit Saraf Terharu Terima Lawatan MB Pahang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd