• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Terowong: P.Pinang Disaran Buat Audit Terbuka

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disaran mengadakan audit terbuka terhadap projek tiga lebuh raya termasuk terowong dasar lautnya selain menyerahkan audit itu kepada Jawatankuasa Kira-kira wang Negara (PAC) sekiranya masih timbul isu.

Timbalan Menteri Luar yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat tepat berhubung projek itu selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan laporan negatif tentang projek berkenaan.

“Kalau ada benda-benda yang dianggap sebagai mempunyai kecurigaan dalam kalangan rakyat, sebagai ketua menteri adalah baik juga dia (Lim) minta supaya ia (projek berkenaan) dihantar untuk diaudit secara terbuka dan dibuat PAC.

“Jadi, orang tak boleh buat dakyah kata nak fitnah terhadap diri dia kalau benda ini diputuskan melalui konsep yang lebih transparent (telus),” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Projek Libatsama Universiti-Komuniti: Memperkasakan Warga Emas’, di dewan Darul Hanan Rumah Warga Emas Islam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sikap Lim yang berang dengan laporan negatif mengenai projek itu selain mendakwa Barisan Nasional telah melakukan sabotaj.

Projek berkenaan merangkumi Jalan Berkembar Pesisir Utara sepanjang 10.53 km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, jalan pintas Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 5.7 km dan jalan pintas Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.075 km.

Projek itu juga termasuk pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2 km menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat projek itu kerana didakwa melibatkan kos kajian kebolehlaksanaan yang tinggi dan kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Projek juga menerima bantahan daripada pihak-pihak yang menyuarakan kebimbangan tentang kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang turut hadir pada majlis berkenaan, berkata sebagai ketua menteri, Lim seharusnya mempunyai sifat yang terbuka dan berlapang dada dalam menangani isu projek berkenaan.

“Sebenarnya dia (Lim) tak boleh menerima kenyataan. Dia tak boleh menerima kritikan… Jika tak buat silap, nak takut apa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Isu Terowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesilapan Besar Dalam Dokumen Perjanjian Awal

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat kesilapan besar dalam kandungan dokumen Perjanjian Awalan Bagi...

Mangsa Rentung Disyaki Libatkan Empat Keluarga Berlainan

08/10/2018
0

KUALA KANGSAR - Lima individu yang rentung dalam kemalangan di Km255.3 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd