• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Dasar Laut P.Pinang: 2 ‘Datuk’ Bebas Reman

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua pemimpin syarikat bergelar “Datuk” yang ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dibebaskan hari ini

Majistret Aida Kharuleen Azli memerintahkan pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium berusia 59 tahun dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah, 50, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Pada 9 Jan, kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan iaitu di sini dan Pulau Pinang dan kemudian direman enam hari bermula 10 Jan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret George Town dan dilanjutkan reman selama lima hari bermula 15 Jan.

Penahanan kedua-dua lelaki itu adalah susulan serbuan SPRM di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut itu.

SPRM dilaporkan menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar susulan aduan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: DiremanIsu Terowong Dasar Laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kampung Bandar Jadi Pilihan Kampus UITM Baling

Next Post

BNM Nasihat Berwaspada Tawaran Syiling Permulaan

Related Posts

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

05/02/2025
0

JASIN - Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya, lima...

Next Post

BNM Nasihat Berwaspada Tawaran Syiling Permulaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd