• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Mertua Farid Kamil Kecewa Dituduh Punca

oleh
14/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NORSIAH Ramli mendedahkan bahawa anaknya, Datin Diana Danielle dan suami, Datuk Farid Kamil masih lagi tinggal sebumbung.

Menurut Norsiah, hubungan anaknya dengan pengarah dan pelakon utama filem V3 Samseng Jalanan itu juga masih dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Diana dan Farid masih tinggal sebumbung dan hubungan mereka baik saja. Rumah mereka hanya satu tingkat di atas rumah saya.

“Jika Diana pergi kerja, anak-anak ditinggalkan dengan saya. Malah saya turun naik lif untuk mengambil barang mereka,” katanya dipetik Harian Metro.

Sehubungan itu, Norsiah akui pelik dengan kenyataan adik Farid, Fadzil Zahari mengatakan pengarah itu tertekan ekoran tidak dibenarkan berjumpa dengan dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Ibu pelakon Datin Diana Danielle, Norsiah Ramli.

Selain itu, Norsiah juga mengaku kecewa apabila ada pihak yang beranggapan dirinya menjadi penghalang pengarah itu bertemu anak-anak, sedangkan beliau sama sekali tidak pernah melarang Farid berbuat demikian.

“Saya sedih apabila keluar kenyataan mendakwa Farid merindui anak-anaknya. Kenyataan itu seolah-olah saya menjadi penghalang Farid bertemu anaknya sehingga menyebabkan dia tertekan.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian kerana mereka adalah darah dagingnya. Saya hanya memegang amanah menjaga cucu dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi Farid serta Diana,” jelasnya dipetik BH Online.

Sementara itu ditanya mengenai kes penahanan Farid, Nosiah menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis dan enggan mencampuri urusan mereka.

Khamis lalu, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.

Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilDiana DanielleFarid Kamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd