• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hungary Rancang Teroka Peluang Peniagaan Di Kedah

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Hungary merancang untuk meneroka pelbagai peluang perniagaan dalam beberapa bidang utama di Kedah bagi meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan Malaysia.

Dutanya ke Malaysia, Attila Kali berkata, bidang utama terbabit ialah pertanian, pengurusan air, kenderaan bermotor dan penjagaan kesihatan.

“Saya fikir yang paling penting ialah sektor pertanian dan pengurusan air. Pada masa yang sama, kita juga melihat potensi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan dalam industri kenderaan bermotor (seperti) kenderaan elektrik kerana Hungary kukuh dalam sektor ini.

“Industri penjagaan kesihatan adalah satu lagi bidang yang kita lihat berpotensi untuk kerjasama. Sebuah syarikat Hungary berminat dengan projek perubatan. Syarikat itu ingin membawa kepakarannya ke Malaysia,” katanya.

Kali berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai Forum Perniagaan Kedah dan Hungary di Pejabat Invest Kedah di sini, hari ini.

Attila berada di sini dalam lawatan rasmi selama dua hari untuk meneroka peluang perniagaan antara Kedah dan Hungary.

Turut hadir ialah Ketua Pejabat Hal Ehwal Ekonomi kedutaan itu, Dr Emilia Fabian.

Attila berkata, Kedah mempunyai potensi pelaburan yang besar dan beliau akan mencadangkan pemimpin perniagaan Hungary untuk mempertimbangkan negeri ini sebagai destinasi pelaburan mereka.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menerima kunjungan hormat daripada Attila di pejabatnya di Wisma Darul Aman. – BERNAMA

Tags: Attila Kali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Janna Hadiah Ibu Kereta Mewah Sempena Hari Lahir

Next Post

McDonald’s Malaysia Tampil Menyantuni Mangsa Banjir

Related Posts

Duta Hungary Kagum Dengan Wawasan Kedah

17/01/2018
0

ALOR SETAR - Hungary kagum dengan wawasan dan pencapaian Kedah dalam membangunkan ekonomi dan infrastruktur negeri ini. Duta Besar Hungary...

Next Post

McDonald’s Malaysia Tampil Menyantuni Mangsa Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd