• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hulu Besut Bantah EU Boikot Minyak Sawit Malaysia

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seramai 140 peneroka Felda Tenang, Hulu Besut hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit darI Malaysia.

Ketua Peneroka Felda tersebut, Tengku Heng Ku Besar berkata mereka yang hadir sepakat menunjukkan solidariti membantah keputusan EU kerana ia menjejaskan ekonomi komuniti felda.

Katanya, mereka yang berkumpul sejak awal pagi tadi mewakili 287 peneroka di Felda terbabit dan berpendapat tindakan EU itu berat sebelah kerana menyasarkan minyak kelapa sawit secara khusus tetapi tidak minyak sayuran lain.

“Resolusi yang dibuat oleh Kesatuan Eropah dilihat tidak adil kerana mengenakan tindakan hanya kepada minyak kelapa sawit secara khusus dan tidak kepada minyak sayuran lain. Komuniti Felda akan menghadapi kesan buruk jika pasaran minyak kelapa sawit dari Malaysia terjejas jualannya.

“Ekoran kempen memboikot minyak sawit Malaysia, harga kelapa sawit menurun hingga mengusarkan peneroka. Kalau sebelum bulan November setiap tan buah kelapa sawit mampu dijual dengan harga sekitar RM600 tetapi kini semakin menurun sehingga sekitar RM400 sejak seminggu lalu”, katanya kepada pemberita.

Beliau berharap langkah segera akan diambil oleh kerajaan agar usaha EU untuk memboikot minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dapat dihentikanbagi menjaga kesejahteraan 650,000 pekebun kecil yang bergantung kepada perladangan sawit sebagai punca pendapatan utama mereka. – BERNAMA

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd