• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishamuddin Rais Sahkan Mahathir ‘Barua’ Pakatan

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Aktivis terkenal PKR, Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya semalam secara terbuka mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh pembangkang.

Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu dan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sebenarnya dieksploitasi pembangkang demi mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan Felda.

Artikel beliau itu dipercayai ditujukan kepada penyokong PKR yang bantah Mahathir menjadi calon Perdana Menteri dengan menyebut langkah tersebut merupakan strategi pernah digunakan oleh komunis satu ketika dahulu.

Ini termasuk “Mengepung Kota Dari Desa” bagi menjadikan China sebuah negara republik hingga hari ini.

“Dalam politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.

“Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri. Ini dalam usaha untuk mendapatkan sokongan penambahan peratusan undi Melayu,” kata Hishamuddin dalam artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang.

Pakatan Harapan diketuai oleh DAP dan anggota partinya adalah PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan parti baru Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Mahathir keluar UMNO dua tahun lalu gara-gara kecewa kepentingan peribadi dan kroni-kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishamuddin memberi contoh bagaimana Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memancing undi Melayu berdasarkan pengalaman beliau berceramah di Felda Tersang bersama pemimpin DAP awal tahun lalu.

Kata beliau, cuma 17 tetamu hadir majlis tersebut, namun kini beribu orang Melayu Felda menghadiri setiap ceramah DAP kerana ada Mahathir dalam ceramah tersebut yang meminta mereka menyokong pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh penyokong Pakatan Harapan terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dicanang-canang calon Perdana Menteri pembangkang berada dalam penjara.

Bagaimanapun, beliau meminta semua penyokong pembangkang jangan khuatir kerana Mahathir sudah berusia 93 tahun dan hanya dapat menjadi Perdana Menteri untuk tempoh yang sekejap.

Beliau turut mengingatkan penyokong Pakatan Harapan bahawa jenayah Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun termasuk rasuah, beri projek pada kroni, mengarahkan Operasi Lalang dan menangkap para reformis bukan kesalahan yang besar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hishamuddin Rais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Hishamuddin, Adam Adli Berada Dalam JKP?

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi IPT mempersoalkan bagaimana dua akitivis politik, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abd. Halim boleh dilantik...

Hishamuddin Hadir Beri Keterangan Isu Siasatan Fitnah

16/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd