• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari-Hari Terakhir Di Kota Suci Makkah

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini adalah hari keenam di Tanah Suci Makkah – rutin berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Haram terasa sudah satu kebiasaan.

Apatah lagi didorong semangat untuk merebut 100,000 ganjaran pahala terhadap apa saja amalan baik yang dikerjakan di sini.

Kelmarin hari Jumaat, suasana di sekitar Masjidil Haram sibuk luar biasa berbanding hari-hari sebelumnya. Orang begitu ramai sejak Subuh sampai lewat malam.

“Saya ke masjid awal kira-kira jam 11 pagi untuk untuk solat jumaat. Ingat nak cari tempat yang dekat dengan kaabah tapi gagal, nak cari tempat duduk pun sukar,” kata seorang anggota rombongan.

Suasana di Masjidil Haram semalam begitu sesak. Mengikut pegawai agensi umrah Rayhar Travel, suasana begini sememangnya biasa di Masjidil Haram.

Ini kerana orang-orang Arab lazimnya akan mula masuk ke tanah suci pada petang Khamis kerana ingin menghabiskan hujung minggu mereka di Masjidil Haram.

“Mereka semua cuti hari Jumaat, jadi semua ambil kesempatan masuk ke Masjidil Haram,” jelas Haji Salleh, seorang pemuda Melayu yang lahir dan membesar di Makkah.

Dia turut berkhidmat bantu jemaah TV AlHijrah dalam rombongan Rayhar Travel. Rombongan turut dibawa ziarah ke Masjid Saidatina Aishah di Miqat Tan’im dan seterusnya balik semula ke Makkah untuk menunaikan umrah.

“Menunaikan umrah pada hari-hari terakhir ni hati mudah sayu, entah bila lagi kita dapat berkunjung semula ke tanah suci, saya berdoa tiap kali melihat Kaabah.

“Semoga Allah memberikan kesihatan dan rezeki untuk saya dapat pula membawa anak dan isteri datang ke rumah Allah ini,” ujar seorang anggota rombongan.

Jam 4 petang kami diminta berkumpul di dewan makan hotel Al Maqam untuk taklimat perjalanan ke Madinah. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Selepas sesi taklimat perjalanan Ustaz Dzul mengingatkan jemaah betapa besarnya ganjaran bagi setiap perbuatan baik yang dikerjakan di Tanah Suci Makkah.

Bumi yang Allah janjikan 100,000 kali ganjaran untuk setiap amalan berbanding amalan ibadah yang biasa dilakukan di luar tanah haram.

Zikir dan munajat yang dibawa Ustaz Dzul bercampur dengan rasa hiba untuk meninggalkan tanah suci Makkah membuatkan ramai jemaah mengalirkan air mata pada akhir taklimat.

Malam ini jemaah solat Maghrib dan Isyak di Masjidil Haram seperti biasa. Solat Maghrib dan Isyak terakhir di Masjidil Haram buat kali ini.

Awal pagi nanti semua jemaah akan mengambil kesempatan untuk beriktikaf di masjid berkenaan sambil berqiamullail dan terus mengerjakan tawaf Wada’.

Tawaf Wada’ juga disaran dikerjakan enam pusingan sebelum solat Subuh. Tawaf kali ketujuh diadakan sejurus sebelum menaiki bas meninggalkan Tanah Suci menuju Madinah.

“Rombongan jemaah umrah TV AlHijrah mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas bimbingan yang tidak putus-putus dari mutawif umrah Rayhar Travel yang sentiasa bersama dan sering membantu.

“Begitu juga dengan kakitangan Rayhar Travel yang terdiri daripada anak-anak Melayu kelahiran Makkah, yang setia melayan dan bantu kami seperti saudara sendiri sepanjang berada di sini,” kata wakil rombongan TV AlHijrah.

Semoga bertemu di sini satu hari nanti.

Ya Allah, ya tuhanku janganlah Kau jadikan kunjungan kami ke rumah-Mu pada kali ini kunjungan yang pertama dan terakhir.

Sesungguhnya kami sangat rindu untuk menatap Baitullah dan ingin untuk bersolat di masjid ini lagi. Semoga kami dijemput ke sini lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MakkahTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Botak Akibat Penyakit, Wanita Ini Hias Dengan Inai

Next Post

Akademi Badminton Malaysia Perlu Lebih Sistematik

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

Usaha Bawa Pulang Rakyat Terkandas Di Makkah: TH Belum Terima Laporan Rasmi

31/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih belum menerima laporan rasmi mengenai beberapa rakyat Malaysia yang terkandas...

Next Post

Akademi Badminton Malaysia Perlu Lebih Sistematik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd