• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanis Zalikha Tak Mahu Yusof ‘Kerja’, Terus Membesar

oleh
18/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELETAH anak-anak selebriti tempatan sering mendapat tumpuan daripada pengguna media sosial sehingga akaun Instagram mereka turut mendapat jumlah pengikut yang tinggi!

Anak kepada pasangan kegemaran ramai, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, iaitu Yusof Iskandar turut mendapat perhatian ramai dengan keletahnya yang lucu!

Semalam, baru sahaja berlangung satu acara sidang media di Citta Mall bagi program My Little Heroes yang menampilkan Yusof dan kucing peliharaan mereka, Bujibu Chempel.

Dapat populariti yang diraih oleh Yusof selama 2 tahun ini, dia telah menerima banyak tawaran lakonan daripada banyak pihak namun sebagai ibu, Hanis masih lagi belum bersedia untuk ‘melepaskan’ anaknya itu untuk bekerja.

“Sebenarnya sebelum usia dia setahun lagi Yusuf banyak terima tawaran berlakon termasuk cameo dalam sebuah filem.

“Tapi Hairul tidak mahu anaknya berlakon kerana ia memerlukan masa tertentu serta mengikut skrip.

“Saya dan Hairul bimbang Yusuf penat dan tidak mahu dia bekerja dan biarlah kami sahajanyang mencari rezeki untuknya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Walaupun program itu bakal mendedahkan aktiviti harian Yusof dan Bujibu yang sering mencuri tumpuan setiap peminat yang mengikuti perkembangan mereka berdua.

Hanis dan Hairul juga sering memuat naik video dan gambar Yusof bersama dengan Bujibu di akaun Instagram milik mereka demi perminataan peminat semua.

“Kami ambil masa lama juga untuk menerima tawaran ini kerana ia melibatkan sebahagian hal peribadi kami. Namun kami terima kerana ia satu penghargaan apabila ada stesyen televisyen yang mahu merakamkan aktiviti harian kami untuk dipertontonkan.

“Yusuf juga tidak perlu berlakon atau bekerja sebaliknya menjalani kehidupan seharian seperti biasa sepanjang proses penggambaran,” ujarnya lagi.

Bujibu merupakan baka British Short Hair yang berasal dari Rusia dan telah menjadi ‘abang’ kepada Yusof sebelum dia lahir lagi.

Dalam masa yang sama, Hanis dan Hairul turut bersikap terbuka jika ada teguran mahupun pendapat daripada netizen tentang cara penjagaan anak sulngnya itu.

“Saya dan Hairul sudah berbincang terlebih dahulu sebelum kami menerima tawaran untuk buat program ini.

“Kami tahu akan ada yang memberi pandangan berbeza mengenai cara kami menjaga Yusof. Segala teguran, pandangan atau kritikan kami akan terima dengan hati terbuka,” kata Hanis dipetik daripada mStar Online.

Program My Little Heroes bakal disiarkan bermula 31 Januari ini setiap Rabu pada pukul 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Selain Yusof, terdapat ramai anak pasangan selebriti turut mempunyai rancangan mereka sendiri, antaranya ialah Aaisyah Dhia Rana, anak kepada Che Ta, Lara Alana iaitu anak kepada Scha Al Yahya dan ramai lagi anak selebriti yang lain. – MYENWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: Bujibu ChempelHairul AzreenHanis Zalikhayusof iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kalau Ikut Hati, Pulangkan Darjah Bergelar Itu”

Next Post

Lebih RM7,000 Rampasan 11 Hari Pertama Tahun Ini

Related Posts

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh...

Hairul Ditegur Sengaja Buat Hati Hanis Zalikha Tak Tenteram

09/08/2018
0

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah...

Next Post

Lebih RM7,000 Rampasan 11 Hari Pertama Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd