• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Tegur Cara ‘Gurauan’ Fathia Tak Kena Tempat

oleh
21/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon penuh kontroversi, Nur Fathia Latiff mungkin tidak asing lagi di telinga netizen yang sudah ‘masak’ dengan perangai pelakon itu.

Baru-baru ini, Fathia sekali lagi dengan penuh keberanian, telah meninggalkan komen menerusi IG Live Iqram Dinzly.

Soalan yang ditinggalkannya itu boleh dikatakan sebagai yang soalan kurang bijak iaitu ‘tak ada scene bunuh diri ke?’ dan ‘bunuh diri Iqram’.

Baca: Fathia Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri Di IG Live?

Walaupun aktres itu telah membuat kenyataan maaf yang mengatakan bahawa hubungannya bersama dengan pelakon itu baik-baik sahaja, namun ianya tetap meninggalkan kesan kepada netizen yang membaca.

Selepas menegur perbuatan seorang Instafemes yang gemar berpakaian wanita, Hafiz Hamidun sekali lagi membuka mulut berikutan isu Fathia dan Iqram itu.

Juga: Tak Minat Nak Berubah, Hafiz Tegur Instafamous Pondan

Hafiz telah membuat satu kicauan terbuka bertujuan untuk menegur tetapi dia langsung tidak menyebut nama Fathia atau mana-mana individu di Twitter tersebut.

“Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.

“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas?

“Akal kat mana? Nafsu kat mana?” tulisnya dalam kicauan Twitter tersebut.

Netizen yang membaca turut menyifatkan twit Hafiz itu sememangnya ditujukan kepada pelakon drama Menanti Februari itu kerana namanya kini sedang hangat dikatakan tentang isu ‘bunuh diri’ itu.

Fathia dalam kenyataan maafnya semalam bagaimanapun tetap tidak dapat memadam api kemarahan netizen yang mengetahui tentang isu itu.

“Kepada Iqram dan semua, saya mohon maaf atas apa yang telah disalah anggap itu. Saya tak ada niat untuk sakitkan hati sesiapa.

“Saya akui ianya salah saya sebab menggunakan ayat yang tak enak di dengar dan saya hanya akan salahkan diri saya sendiri serta saya harap anda semua dapat maafkan saya,” tulisnya.

Komen yang ditinggalkan untuk Fathia agak pedas juga jika dibaca kerana ramai netizen menganggap Fatha bagaikan meroyan lalu membuat perkara yang kurang bijak supaya namanya terus disebut.

Apa pun, mudah-mudahan nama Fathia dah tak akan naik lagi disebabkan perkara kurang bijak yang dilakukannya.

Biarlah dia dikenali kerana bakat yang ada dan bukannya kerana kenyataan ‘bijak’ yang keluar daripada mulutnya. – MYENWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuh diriFathia Latiffhafiz hamidunIqram Dinzly
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd