• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gula Semula Jadi Dalam MILO Daripada Malt Dan Susu

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar makanan dan minuman, Nestle Malaysia hari ini berkata fakta dalam video yang mengulas mengenai minuman malt bercoklat keluarannya, MILO adalah mengelirukan.

Nestle dalam satu kenyataan berkata lebih 50 peratus daripada kandungan gula di dalam MILO datangnya secara semula jadi yang berasal terus daripada susu dan malt.

“Kami memastikan gula yang ditambah hanya berada pada paras minimum, iaitu cuma enam gram gula pada setiap hidangan 200ml, atau kira-kira satu sudu teh gula.

“Ini adalah bagi mengekalkan rasa minuman MILO yang digemari rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu bagi mengulas video mengenai kandungan gula di dalam MILO.

Menurut kenyataan itu, MILO dibuat daripada susu, malt (barli) dan serbuk koko dan mengandungi vitamin dan garam galian termasuk vitamin B2, B3, B6 dan C .

“Sejajar dengan keperluan pengguna pada masa kini, kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih sihat dan lazat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestle di talian 1-800-88-3433. – BERNAMA

Tags: miloNestle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nestle Syarikat Pertama Di Malaysia Guna Straw Kertas

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Nestle (Malaysia) Bhd. akan memulakan penggunaan penyedut minuman (straw) kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT...

SDP, Nestle Wujud Talian Bantuan Pekerja Ladang

08/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dan Nestle hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan satu talian bantuan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd