• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Grumpy Cat’ Menang Saman AS$710,000

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUIT banyak tidak akan membuatkan seekor kucing popular yang diberikan nama Grumpy Cat (Kucing Perengus) ini ‘tersenyum’ lebar, itulah kenyataannya meskipun menang kes saman berjumlah AS$710,000 (RM2,761,829)!

Mahkamah Persekutuan California telah memihak kepada Grumpy Cat yang popular di Internet dan merupakan satu jenama yang dilindungi undang-undang hak cipta dalam satu kes saman antara tuannya, Tabatha Bundsen dan sebuah syarikat minuman bernama Granade Beverage.

Pergaduhan itu tercetus daripada sebuah perjanjian yang ditandatangani oleh syarikat tersebut bersama Bunde untuk menggunakan imej Grumpy Cat pada tin produk minuman berasaskan kopi bernama “Grumpiccionos”.

Tabatha Bundsen, pemilik kucing popular Grumpy Cat.

“Kami menyoal juri mengenai apa yang mereka fikirkan betul dan mereka telah melakukan keputusan yang tepat,” kata peguam mewakili kucing tersebut, David Jonelis.

Jonelis turut berkata kes itu membuka lembaran baru dalam sejarah perguaman kerana ini merupakan kali pertama sensasi Internet memenangi kes saman di mahkamah.

Grumpy Cat telah menjadi popular sekelip mata apabila abang Bundsen memuat naik gambar dirinya menerusi laman sesawang Reddit.

Kucing tersebut terus mencetuskan tular, sehingga menjadi figura yang amat sinonim dengan tema parodi atau satira.

Popularitinya di alam maya juga kemudian mendatangkan keuntungan banyak kepadanya apabila Grumpy Cat mula muncul dalam filem dan rancangan televisyen, serta menjadi duta pelbagai produk. – Mynewshub.cc/Agensi

Tags: grumpy catkes samankucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd