• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goncang Bayi: Pemilik Taska Dibenar Rayu Hukum

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pemilik taska hari ini mendapat kebenaran untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana melakukan penganiayaan kepada seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, dengan menggoncangnya dengan kuat sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan mata.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan Nurul Shahidatul Afzan Zainal, 35, untuk merayu terhadap hukuman itu dengan tiga persoalan undang-undang yang akan dihujahkan dan diputuskan mahkamah itu.

Antara persoalan undang-undang itu ialah sama ada Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang apabila berpegang bahawa elemen ‘mens rea” atau niat tidak perlu dibuktikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sama ada Seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah telah diguna pakai secara salah oleh hakim bicara apabila memutuskan pampasan RM40,000 berdasarkan faktor impak ke atas mangsa tanpa sokongan keterangan yang kukuh.

Hakim Mohd Zawawi yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim membenarkan permohonan itu atas alasan bahawa persoalan undang-undang itu perlu pertimbangan dan diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Nadia Zulkifli yang mewakili Nurul Shahidatul Afzan dan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar.

Bagi kes jenayah yang bermula di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, tertuduh yang hendak merayu ke Mahkamah Rayuan mestilah mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan adalah mahkamah terakhir bagi kes bermula di Mahkamah Rendah (Mahkamah Majistret dan Sesyen).

Nurul Shahidatul Afzan yang hadir ke mahkamah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Ogos 2017 yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan bayaran pampasan RM40,000 kepada keluarga mangsa atau penjara 12 bulan jika gagal membayar pampasan itu yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 29 Julai 2015.

Wanita itu membayar pampasan tersebut.

Mahkamah Majistret mendapati wanita itu yang juga pengasuh taska, bersalah atas pertuduhan melakukan penganiayaan kepada seorang bayi perempuan, yang ketika itu berusia tiga bulan, dengan menggoncangnya dengan kuat sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan mata di Pusat Jagaan Nur Kasih, Jalan USJ 1/4P, di sini pada 5.23 petang 24 Feb 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga membenarkan wanita itu untuk menangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. – BERNAMA

Tags: Goncang Bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd