• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goh V Shem-Tan Wee Kiong Singkir Juara Dunia

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong bangkit selepas ketinggalan set pertama sebelum mengesahkan slot separuh akhir di kejohanan badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini

Pada perlawanan suku akhir, V Shem-Wee Kiong tersentak dengan kekalahan 12-21 set pertama tetapi tampil lebih agresif untuk menyingkirkan juara dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China. dengan 21-18 dan 21-18 dalam pertarungan sengit selama sejam.

Menanti mereka di pusingan separuh akhir ialah beregu Taiwan, Chen Hung Ling-Wang Chi Lin yang menewaskan rakan senegara, Liao Min Chun-Su Ching Heng, 21-19 21-19.

“Set pertama tadi, mereka main sangat cepat dan kami lambat bertindak, selepas itu kami cuba ubah strategi dengan melakukan banyak serangan dan tingkatkan kelajuan untuk menang perlawanan ini.

“Penonton juga banyak bantu kami berikan semangat walaupun kami kalah set pertama, sokongan itu menaikkan semangat kami supaya tidak putus asa, terima kasih kepada semua,” kata V Shem kepada pada pemberita selepas perlawanan itu.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat Shevon Jemie Lai turut mengikut jejak mereka ke separuh selepas menewaskan rakan senagara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan straight set 21-14, 21-15 pada saingan suku akhir..

“Bagi saya, jumpa rakan sepasukan lebih susah kerana mereka sudah tahu kelebihan dan kekurangan kami. Mungkin pada perlawananan tadi kami beraksi lebih baik,” kata Shevon.

Soon Huat pula berkata mereka tidak mahu cepat berasa selesa dengan kejayaan itu dan berharap dapat mengekalkan momentum kemenangan itu sehingga ke final.

Cabaran mereka selepas ini lebih sukar apabila perlu menentang beregu pilihan kedua, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong yang menewaskan satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, 21-13, 21-16 dalam satu lagi perlawanan yang sama.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei gagal meneruskan cabaran ke separuh akhir selepas ditunjukkan jalan keluar pada suku akhir oleh pemain nombor empat dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.

Jin Wei memberi saingan sengit pada set pertama sebelum menang 23-21 tetapi melakukan banyak kesilapan pada dua set berikutnya sebelum akur dengan kekalahan 6-21, 10-21. – BERNAMA

Tags: badmintonV Shem-Wee Kiong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tok Pa Nafi UMNO Mahu Serah Kelantan Kepada PAS

Next Post

Ikat, Heret Anak Degil Belakang Skuter

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Ikat, Heret Anak Degil Belakang Skuter

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd