• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gedung Fesyen H&M Rosak Akibat Iklan Monyet

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH… Gedung fesyen H&M di Johannesburg, Afrika Selatan telah diserang sebagai tindak balas terhadap kempen iklan syarikat berkenaan yang disifatkan sebagai satu penghinaan dan rasis.

Ia memaparkan tulisan ‘coolest monkey in the jungle’ atau ‘monyet paling hebat dalam hutan’. Rak baju ditendang, patung dihumban keluar manakala baju dimusnahkan di dua buah gedungnya di Sandton City dan Menlyn.

Anggota kumpulan Economic Freedom Fighters (EFF) telah bertanggungjawab melakukan serangan itu sebagai protes di seluruh negara manakala media sosial di Afrika Selatan dipenuhi dengan gambar kedai H&M dirosakkan.

“Penyokong EFF telah menyebabkan kemusnahan dalam kedai. Jumlah kerugian belum diketahui memandangkan semua kedai ditutup dan kakitangan telah meninggalkan kedai terbabit,’’ kata sumber.

Penyokong juga dilaporkan memakai pakaian merah dan menari di luar kedai dengan membawa kain rentang bertulis ‘H&M say “hello” to coolest monkeys’.

Dalam pada itu, timbalan presiden EFF, Floyd Shivambu mengucapkan tahniah kepada ahli-ahlinya kerana bersemuka dengan perkauman dan dengan bangga memuat naik gambar kerosakan dalam kedai H&M.

“Takanlah selepas 350 tahun kita masih berdepan dengan penghinaan,’’ katanya. Ayat ‘coolest monkey in the jungle’ dicetak pada baju panas untuk kanak-kanak lelaki berusia setahun hingga 10 tahun.

Iklan yang dikeluarkan H&M itu malah memaparkan kanak-kanak kulit hitam memakainya. Ia mengakibatkan sekumpulan selebriti mengutuk H&M kerana tidak sensitif dan menghina. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Afrika Selatangedungmonyet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd