• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gandum Kini Ganti Beras Jadi Makanan Ruji Malaysia

oleh
27/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANPA disedari pelbagai pihak, sejak 2016 lagi, penggunaan gandum di seluruh Malaysia telah melebihi kadar penggunaan beras sebagai makanan asasi rakyat negara ini sendiri.

Penggunaan gandum sepanjang tahun berkenaan sahaja adalah pada tahap 1.7 juta tan metrik berbanding beras hanya pada kadar 1.6 juta tan metrik, menurut laporan portal berita tempatan Astro Awani.

Namun, memandangkan negara ini memang kurang sesuai untuk penanaman pokok gandum secara komersial, Malaysia terpaksa mengimport bersih 100 peratus bekalan bijirin tersebut dari luar negara.

“Jika gandum kini termasuk sebagai makanan asasi rakyat, apakah akan terjadi jika komoditi ini tergugat dari segi harga atau bekalan dan implikasi terhadap ‘Food Security’ negara?” tanya Datuk Mohamed Shafie BP Mammal.

Beliau yang juga merupakan Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), meluahkan persoalan cepumas unik tersebut menerusi kenyataan media di ibu negara pada Jumaat.

Pertanyaan besar yang ditanyakan beliau ialah mengenai harga tepung gandum yang didakwa bagai tiada kawalan, meskipun masih dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Kajian pihak kami menunjukkan bahawa harga gandum di pasaran dunia kian menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi mengapakah tiada penurunan harga tepung itu di negara kita pula?

“Kerisauan ini dilontarkan memandangkan peningkatan penggunaan gandum kini bakal memberi impak kepada golongan pekerja, pengguna dan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” kata Mohammed Shafie lagi.

Untuk rekod, kajian Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) pernah mendapati Perlis, Kedah dan Pulau Pinang amat sesuai penanaman gandum kerana beriklim tropika bukan Khatulistiwa.

Ketika ini, dianggarkan 626 juta tan bahan itu dihasilkan 33 negara di seluruh dunia dengan China menguasai satu perenam pasaran. Setiap orang secara perkapita mengambil 101 kilogram gandum setahun.

Gandum merupakan bahan asas makanan di muka bumi namun Malaysia langsung tidak termasuk dalam senarai pengeluar meskipun rakyat negara ini penggemar roti canai terbesar di dunia! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berasgandumMARDI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Borhan: Sedih Lihat Mayat Wira Negara Digantung Jepun

Next Post

Sekali Lafaz Sahaja, Yuna Kini Sah Milik Adam

Related Posts

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

07/06/2024
0

SERDANG : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

Next Post

Sekali Lafaz Sahaja, Yuna Kini Sah Milik Adam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd