• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Ini Tawar Servis Grab Bike, Anda Berani Cuba?

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja perkataan Grabcar pasti ramai dikalangan pembaca sudah biasa mendengarnya, apatah lagi mungkin ada yang sering menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tidak dapat dinafikan kini perkhidmatan e-hailing itu semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia seiring dengan perkembangan teknologi.

Namun, pernahkah anda mendengar perkataan Grab Bike? Jika Grabcar menggunakan kereta untuk membawa penumpang namun Grab Bike pula menggunakan motosikal sebagai pengangkutan.

Di Indonesia, perkhidmatan Grab Bike sudah lama diperkenalkan. Maklumlah di sana memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Jadi, penggunaan Grab Bike sememangnya merupakan alternatif yang tepat bagi memudahkan pengguna meredah kesesakan trafik.

Mendapat idea ketika berkunjung ke Indonesia, seorang gadis yang dikenali sebagai Shaqirah Shukri di laman Faceook telah menawarkan perkhidmatan seakan serupa dengan menggunakan motosikalnya sendiri.

Menurutnya, dia pada mulanya hanya berniat suka-suka sahaja menawarkan perkhidmatan berkenaan, tetapi tidak disangka-sangka servis yang ditawarkannya ini mendapat sambutan yang baik.

Malah, dia kini tidak menang tangan menerima mesej  daripada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatannya.

“Alhamdullilah rezeki tak pernah salah alamat, niat hanya suka suka tapi ada yang dah book perkhidmatan Grab Bike dengan saya ni hehe.

“Sebenarnya saya menawarkan perkhidmatan Grab motorcycle, lebih kurang macam Grabcar tapi tu naik kereta en? Haa ni kita naik motor luar best sikit bukan? Lebih cepat, pantas dan jimat masa utk sampai ke destinasi,”
Katanya.

Namun, perkhidmatan perkongsian motosikal tersebut hanya dikhaskan untuk penumpang perempuan di sekitar Lembah Klang sahaja.

Jadi, buat si lelaki, jangan pula pandai-pandai menyamar jadi perempuan semata-mata nak naik ‘Grab Bike’ yang disediakan oleh Shaqirah ini ya.

Setakat berita ini ditulis, perkongsian daripada Shaqirah itu sehingga kini menerima sebanyak 1,583 perkongsian dan disukai lebih daripada 6,000 pengguna media sosial. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: e-hailingGrab Car
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd