• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Didakwa ‘Makan’ Dadah Ketika Berada Di IPD PJ

oleh
25/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memasukkan dadah jenis Tetra Hydrocannibol ke dalam badan, dua minggu lalu.

Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Suami kepada pelakon Datin Diana Danielle didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 16 Januari lalu, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dan mengganggu tugas penjawat awam.

Keempat-empat pertuduhan itu didakwa dilakukan oleh pelakon filem Tombiruo berasal dari Alor Setar, Kedah itu di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini kira-kira pukul 1.20 petang, 11 Januari lalu

Media tempatan melaporkan tertuduh yang kelihatan agak tenang ketika pertuduhan tersebut dibacakan dan beliau diwakili oleh peguam Athari Bahardi. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin namun majistret juga memerintahkan pasport beliau diserahkan kepada pihak mahkamah.

Terdahulu, Farid tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi. Namun, beliau tetap berada dalam sebuah kereta sehingga dibawa ke kaunter pendaftaran kes oleh pegawai polis kira-kira pukul 10.30 pagi.

Selesai proses pendaftaran di kaunter, Farid yang turut ditemani adiknya, Fadzil, dibawa naik ke Mahkamah Majistret 1 untuk pendakwaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd