• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eh… Selesaikan Saman MSPJ Hanya RM10?

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERHATIAN buat pengguna jalan raya sekalian, jika anda mempunyai saman tertunggak yang belum dijelaskan lagi, maka boleh mengambil kesempatan ini untuk melangsaikan hutang-hutang anda.

Hal ini kerana, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengumumkan bahawa terdapat potongan besar untuk pembayaran saman.

Kali ini bayaran saman adalah pada kadar yang sama iaitu RM10 untuk saman yang tertunggak, fuh!

Lapor NST, inisiatif ini merupakan usaha untuk mengelakkan pemandu yang ingkar daripada didakwa kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

Dalam erti kata lain, jika anda tidak mahu menghadapi masalah dan berurusan dengan pihak mahkamah, maka segera jelaskan saman.

Selain itu, tawaran ini hanya terhad dalam tempoh tiga bulan sahaja, bermula daripada 1 Februari hingga 30 April 2018.

Tetapi harus diingat bahawa tawaran ini tidak terpakai kepada semua kelas pemandu. Terdapat pengecualian untuk saman yang dikeluarkan untuk kesalahan di bawah Perintah Pemindahan Jalan MPSJ (Ban Kenderaan Berat) 2012.

Jika saman anda tidak tertakluk kepada kesalahan seperti yang telah disebutkan tadi, maka anda tidak layak mendapat potongan bayaran saman berkenaan.

Cara untuk membayar saman dan cara untuk mendapatkan promosi tunggakan bayaran berkenaan boleh dibuat di beberapa tempat seperti yang berikutnya:

  • Laman sesawang MPSJ
  • Kaunter Pandu Laju
  • Kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan
  • Kaunter Bergerak
  • Sistem MPOS

Sementara itu, pihak MPSJ juga sangat mengalu-alukan pertanyaan dan panggilan sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dan kemusykilan tentang Kempen Bayar Kompaun Lalulintas ini di talian berikut 03-80263153 atau 08-80263289.

Jadi, kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman yang tertunggak bolehlah membuat pembayaran saman berkenaan mulai bulan Februari sehingga April 2018 nanti untuk menikmati kadar sama rata iaitu sebanyak RM10. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: MPSJsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penukaran Agama Islam Tiga Kanak-Kanak Dibatalkan

Next Post

Kastam Rampas 880 Kg Dadah Bernilai RM18 Juta

Related Posts

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

Kastam Rampas 880 Kg Dadah Bernilai RM18 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd