• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta Hungary Kagum Dengan Wawasan Kedah

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Hungary kagum dengan wawasan dan pencapaian Kedah dalam membangunkan ekonomi dan infrastruktur negeri ini.

Duta Besar Hungary ke Malaysia, Attila Kali berkata, Kedah mempunyai banyak pembangunan yang dirancang dalam infrastruktur serta pembuatan dan pembangunan ini boleh menjadi asas kerjasama ekonomi yang lebih baik antara negeri ini dan Hungary pada masa depan.

“Kami tertarik dengan apa yang kami lihat dan sangat kagum dengan wawasan negeri ini … Saya sangat tertarik dengan peluang yang wujud untuk pelabur asing. Kami menyedari bahawa kami mesti mempunyai kerjasama yang lebih mendalam untuk memastikan peluang ini direbut untuk memastikan kejayaan jangka panjang,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini, hari ini.

Attila berkata, terdapat minat untuk bekerjasama dengan Kedah dalam bidang seperti pengurusan air dan penjagaan kesihatan dan kerjasama itu akan saling memberi manfaat.

“Kami akan mengadakan perbincangan lanjut selepas lawatan ini. Kami sedang melihat pemindahan teknologi dan bagaimana pakar kami boleh bekerjasama berkongsi dan memperkenal teknologi mereka di sini,” katanya.

Menurutnya, lebih banyak lawatan ke Kedah dirancang untuk perbincangan mendalam mengenai kerjasama dan pelaburan masa depan.

“Kami pasti mahu membuat lebih banyak lawatan ke Kedah. Saya rasa kita mahu kerjasama yang lebih mendalam dan satu lawatan tidak mencukupi. Lawatan ini adalah permulaan yang baik. Sekarang kita saling mengenali dan memahami antara satu sama lain.

“Kemudiannya, kita perlu membawa syarikat Hungary untuk melihat sendiri negeri ini, bertemu dengan rakan mereka, mengenal pasti bidang diminati dan memulakan perbincangan secara langsung,” katanya.

Terdahulu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menerima kunjungan hormat Attila di Istana Anak Bukit di sini. Beliau diiringi Ketua Pejabat Hal Ehwal Ekonomi Kedutaan Hungary, Dr Emilia Fabian. – BERNAMA

Tags: Attila KaliDuta Besar Hungary
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skuad B23 Lakar Sejarah Benam Saudi 1-0

Next Post

Petugas JPN Dihukum Penjara 18 Bulan, Denda

Related Posts

Hungary Rancang Teroka Peluang Peniagaan Di Kedah

16/01/2018
0

ALOR SETAR - Hungary merancang untuk meneroka pelbagai peluang perniagaan dalam beberapa bidang utama di Kedah bagi meningkatkan hubungan ekonomi...

Next Post

Petugas JPN Dihukum Penjara 18 Bulan, Denda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd